• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Gentari lancar Pengecas Awam 350kW pertama di Asia Tenggara, bayar ikut kadar tenaga

  • OLEH Najib
  • 12:27 pm
  • 30/11/2022
  • Komen
Gentari lancar Pengecas Awam 350kW pertama di Asia Tenggara, bayar ikut kadar tenaga
Share on FacebookShare on Twitter

Kenderaan elektrik (EV) semakin popular di Malaysia kerana pengguna mula yakin untuk memilikinya apabila stesen pengecas EV tumbuh bak cendawan di bandar-bandar utama. Salah satu pembangun stesen pengecas EV adalah Gentari, yang juga anak syarikat Petronas.

Hari ini, Gentari melancarkan Pengecas Awam 350kW yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ia beroperasi di X Park Sunway Serene, yang terletak di Zon Perindustrian Dagangan Bebas Sungai Way, Selangor.



Untuk menjayakan pembangunan ini, Gentari menjalin kerjasama dengan EV Connection Sdn Bhd (EVC). Di hab pengecasan ini, akan terdapat satu pengecas super 350kW – pengecas awam terpantas di Asia Tenggara, serta dua pengecas pantas DC dan lima pengecas AC.

Selain itu, X Park Sunway Serene juga diumumkan sebagai hab pengecasan EV pertama di Malaysia yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC), yang menjamin keselamatan struktur dan operasi kemudahan itu bagi meningkatkan lagi tahap keyakinan terhadap ekosistem pengecasan EV di Malaysia. Satu lagi hab pengecasan milik Gentari dan EVC yang sedang dibina di Resort Golf Bangi, turut mendapat lesen daripada EC.



Caj promosi yang dikenakan mengikut kadar tenaga di X Park

X Park dipilih sebagai hab pengecasan campuran pertama Gentari, melihatkan kepada kadar trafik yang tinggi dan bergerak pantas di kawasan sekitarnya. Manakala Kelab Golf Bangi pula menyediakan kemudahan pengecasan EV yang dapat memenuhi keperluan aktiviti rutin yang berbeza. Pastinya ramai pengguna kelab golf yang akan menggunakan EV, kerana ia adalah sukan yang sering dimainkan oleh mampu berbelanja lebih tinggi.

Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razali berkata, “Hab pengecasan berkelajuan tinggi baharu milik Gentari di X Park Sunway Serene dijangka akan memberikan sumbangan besar ke arah menyokong ekosistem EV yang berdaya maju dengan meningkatkan lagi tahap keyakinan jarak pemanduan di kalangan pengguna EV dengan memberi tumpuan kepada pengalaman pengecasan di kawasan bandar. Sebagai sistem pengecasan pertama yang dilesenkan oleh EC, kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menyokong usaha untuk menyeragamkan dan mentadbir sektor mobiliti hijau Malaysia yang sedang berkembang pesat, bagi meningkatkan lagi keyakinan pengguna. Gentari turut gembira kerana menjadi syarikat pertama yang menawarkan mekanisme penetapan harga bersamaan kilowatt-jam (kWj), yang membuktikan bahawa pasukan kami sememangnya sentiasa mengutamakan pelanggan dan pantas untuk bertindak.”

Pengarah Urusan EVC, Lee Yuen How menambah, “Kami berharap penyediaan pelbagai infrastruktur pengecasan pantas yang mampu milik dan mudah untuk diakses di X Park, Resort Golf Bangi dan hab-hab berlesen lain di seluruh negara pada masa hadapan dapat meningkatkan lagi kadar penggunaan EV di kalangan rakyat Malaysia. Lokasi di Sungai Way ini sememangnya sesuai kerana ia dapat memenuhi keperluan para pengguna EV yang tinggal di kawasan kediaman dan perniagaan di sekitar Petaling Jaya yang memerlukan kemudahan pengecasan yang boleh dipercayai dan mudah dengan masa pengecasan yang lebih singkat. X Park turut dilengkapi dengan pilihan F&B dan hiburan yang ditawarkan untuk kemudahan para pemandu semasa mengecas EV mereka.”

Gentari pertama kali diperkenalkan pada Jun 2022, kini menyediakan 117 titik pengecasan EV di 20 lokasi di seluruh Malaysia. Gentari juga membangunkan pusat pengecasan EV di India, kini dengan 133 tempat mengecas. Untuk jangka sederhana, Gentari menyasarkan untuk memasang 9,000 titik pengecasan awam menjelang 2026, di Malaysia dan India

Tags: EVGentari
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Gentari lancar Pengecas Awam 350kW pertama di Asia Tenggara, bayar ikut kadar tenaga

Gentari lancar Pengecas Awam 350kW pertama di Asia Tenggara, bayar ikut kadar tenaga

30 November 2022
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER