• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Berita baik untuk B40 dan M40 tentang internet lebih murah menjelang krismas

  • OLEH Najib
  • 9:24 am
  • 17/12/2022
  • Komen
Turun lagi harga internet, Fahmi Fadzil minta SKMM dan telco berbincang
Share on FacebookShare on Twitter

Sejurus selepas meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berbincang dengan syarikat telekomunikasi tentang harga internet, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil telah memberi bayangan bahawa kementeriannya akan membuat pengumuman tentang berita baik khas buat golongan B40 dan M40 menjelang krismas. Ia untuk membantu mengurangkan impak kenaikan kos sara hidup.

Bernama melaporkan, Fahmi berkata, “Tunggu Santa Klaus datang. Tapi kita memang lihat isu Internet dan caj telefon. Itu antara perkara yang saya prihatin. Saya tidak lihat isunya sekadar harga, tapi isu rangkaian dan capaian itu adalah lebih penting,” katanya kepada media selepas majlis Amanat Menteri bersama warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) semalam.



Beliau berkata, beberapa kawasan menghadapi masalah perkhidmatan kerana bukan semua telco beroperasi di kawasan terbabit. Kajian telah dilakukan supaya kaedah segera dan berpatutan diambil, untuk membantu dari segi harga dan mutu perkhidmatan.

Tambahnya, KKD juga prihatin terhadap masalah yang melibatkan rangkaian 4G dan 5G. Dalam pertemuan degnan telco akan datang, kerajaan akan menekankan supaya menyediakan perkhidmatan yang bukan sahaj lebih murah tetapi mempunyai kualiti lebih baik.



Dalam Majlis Amanat bersama warga KKD, Fahmi meminta orang ramai untuk melaporkan sebarang penipuan dan Scammer kepada talian khas Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) iaitu 997. Orang ramai diminta membuang rasa takut dan malu ditipu dengan segera melaporkan kejadian tersebut dalam masa 24 jam supaya Bank Negara Malaysia boleh mengambil tindakan segera menghentikan aliran keluar wang.

Fahmi juga melihat kepentingan isu kebocoran data yang semakin meningkat kebelakangan ini. Dia menekankan bahawa data adalah harga negara dan perlu dilindungi. Dia mahu memastikan, CyberSecurity Malaysia, agensi di bawah KKD, memainkan peranan utama melakukan audit keselamatan siber. KKD akan membantu memantau dan mengkaji di kementerian, agensi dan jabatan kerajaan lain untuk memastikan keselamatan siber diutamakan. Fahmi mahu mengelakkan terjadinya lagi kebocoran data daripada agensi kerajaan kerana data tersebut boleh disalahgunakan untuk aktiviti scammer.

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

  • Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat
  • Turun lagi harga internet, Fahmi Fadzil minta SKMM dan telco berbincang
  • Fahmi Fadzil beri lampu hijau untuk DNB terus bangunkan 5G, tapi kajian semula tetap dibuat
Tags: Fahmi Fadzil
Najib

Najib

POPULAR

Turun lagi harga internet, Fahmi Fadzil minta SKMM dan telco berbincang

Berita baik untuk B40 dan M40 tentang internet lebih murah menjelang krismas

17 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER