• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat

  • OLEH Najib
  • 1:15 pm
  • 16/12/2022
  • Komen
Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang berasa malu apabila ditipu scammer sama ada menerusi SMS, panggilan telefon mahupun media sosial. Tetapi jika salah seorang yang terkena penipuan sebegini, anda harus cepat menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) supaya aliran wang tersebut boleh disekat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil pagi tadi telah menyampaikan ucapan dalam Majlis Amanat YB Menteri yang diadakan secara hibrid. Dalam ucapan tersebut, beliau mengatakan bahawa data adalah aset penting negara. Kebocoran data ini mengakibatkan scammer menggunakannya untuk menipu orang ramai.



Sumber

Emak Fahmi sendiri, pernah ditipu dan kerugian RM75,000 yang diambil dari dalam akaun Tabung Haji. Sedangkan Tabung Haji bukanlah bank dan proses keluar masuk wang tidak sama seperti bank biasa. Menerusi cara penipuan yang tersusun, scammer berjaya memperdaya supaya wang tersebut sampai ke tangan mereka.

Oleh itu, satu langkah pantas untuk membendung aliran wang ini adalah dengan menghubungi NSRC di talian 997 dalam tempoh 24 jam penipuan berlaku. Dengan melaporkan penipuan kepada NSRC, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh bertindak untuk menyekat aliran wang dengan segera.



Terang Fahmi, penipuan sebegini merupakan satu risiko ekonomi di bawah pemantauan BNM kerana ia boleh menjerumus ke dalam perlbagai tindakan merbahaya seperti pengedaran dadah, pembelian senjata api dan lain-lain. Inilah pentingnya untuk melaporkan kepada NSRC supaya langkah pantas membendung boleh diambil.

Ingat, jika diri anda sendiri, rakan, kenalan mahupun keluarga telah ditipu scammer, segera dail 997 dan bercakap dengan NSRC tentang masalah anda. Tindakan pantas boleh diambil untuk mematahkan gerakan scammer daripada terus berleluas. Beritahu semua kenalan anda tentang perkara ini.

Ditipu scammer? Dail 997 segera!

[Sumber: Facebook]

Bacaan Berkaitan

  • Peningkatan jenayah scam membimbangkan, BNM arah bank sekat transaksi mencurigakan & ganti SMS OTP
  • Bajet 2023: Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ditubuh bulan ini sebagai pusat sehenti menentang scammer
  • Kes tipu siber cecah RM2.23 bilion, PDRM & Facebook lancar #TakNakScam didik orang ramai
Tags: bnmFahmi FadzilNSRC
Najib

Najib

POPULAR

Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat

Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat

16 December 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN