• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

BBC Player tiba di Astro, aplikasi penstriman ke-8 ditawarkan untuk pelanggan

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 19/12/2022
  • Komen
BBC Player tiba di Astro, aplikasi penstriman ke-8 ditawarkan untuk pelanggan
Share on FacebookShare on Twitter

Di zaman internet berkelajuan pantas dan kuota tanpa had, menstrim kandungan diperanti telah menjadi satu norma baharu. Kerana itu, banyak aplikasi penstriman muncul masakini dan menjadi tawaran di pelbagai pelan telco.

Astro juga tidak terlepas menyediakan tawaran berkaitan aplikasi penstriman, sebagai nilai tambah kepada pek kandungan hiburan mereka. Terbaharu, Astro mengumumkan bahawa aplikasi BBC Player telah ada di Astro. Ia menyediakan kandungan unik yang sukar ditemui di platform penstriman lain seperti dokumentari bertaraf dunia, drama premium British, program gaya hidup yang bermanfaat, kandungan kegemaran prasekolah dan rancangan-rancangan popular.



Menurut Astro, tawaran yang disediakan oleh BBC Player ini boleh dinikmati di dalam antaramuka Astro untuk pengalaman menonton terbaik. BBC Player menyediakan lima jenama global BBC, termasuk BBC First, BBC Brit, BBC Earth, BBC Lifestyle dan CBeebies.

Pelan Astro dan tawaran BBC

Tidak semua tawaran BBC boleh ditonton kerana ia bergantung kepada pelan Astro yang dilanggan. Berikut adalah langganan dan kandungan BBC yang boleh ditonton di BBC Player:



  • Variety (Cth: Pek Entertainment) – BBC Lifestyle + BBC First + BBC Brit
  • News & Documentary – BBC Earth
  • Variety, News & Documentary (Cth: Pek Platinum) – BBC Earth + BBC Lifestyle + BBC First + BBC Brit
Pek Platinum

Selain itu, kandungan CBeebier (saluran 620) akan tersedia untuk Pek Kids, menyediakan kandungan kegemaran kanak-kanak prasekolah dan menggalakkan pembelajaran seperti Bluey, Hey Duggee, Go Jetters, JoJo & Gran Gran, Thomas & Friends, Teletubbies dan banyak lagi.

Semua pelanggan Astro juga boleh menikmati pratonton CBeebies di saluran 620 dan aplikasi BBC Player dari 15 Disember 2022 hingga 31 Januari 2023.

Dengan ketibaan BBC Player, Astro kini menyediakan lapan aplikasi penstriman iaitu: BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+ dan Astro GO. Astro menyatakan, mereka akan menyediakan lebih banyak aplikasi penstriman di masa akan datang, antaranya Viu.

Cara menonton BBC Player di rumah

Bagi pengguna Astro Ultra Box, anda hanya perlu tekan “Home” pada alat kawalan jauh Astro dan pilih aplikasi BBC Player di bawah rel “Apps”. Ikut langkah yang tertera pada skrin untuk menghubungkan akaun BBC Player anda dengan Ultra Box, dengan mengimbas kod QR dan log masuk menggunakan Astro ID anda. Setelah selesai, anda akan dapat strim rancangan dan program BBC terbaik bergantung pada pek Astro anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro dan tawarannya termasuk akses BBC Player, layari laman web www.astro.com.my.

Bacaan Berkaitan

  • Astro menang saman ke atas kedai makan dek siar EPL tanpa lesen sah
  • Peniaga boleh melanggan Astro Fibre dan pek TV dari serendah RM1,412 sebulan
  • Astro kini bawakan Disney+ Hotstar di Ulti Box, didatangkan juga ciri baru menarik seperti Profil Multipengguna
Tags: astroBBCBBC Player
Najib

Najib

POPULAR

BBC Player tiba di Astro, aplikasi penstriman ke-8 ditawarkan untuk pelanggan

BBC Player tiba di Astro, aplikasi penstriman ke-8 ditawarkan untuk pelanggan

19 December 2022
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER