• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung tamatkan jalur Galaxy A7x? Kuranglah ahli telefon RM2,000 hingga RM3,000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:37 am
  • 22/12/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Barisan Samsung Galaxy A7x bolehlah dikatakan sebagai flagship kepada siri Galaxy A sejak tahun 2019. Mereka sering kali hadir dengan spesifikasi premium, sedikit di bawah Galaxy S, tapi pada harga yang lebih mampu milik. Namun begitu, dilaporkan bahawa jalur A7x bakal ditamatkan oleh Samsung atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan.

Hal ini kerana, di arena Internet, sudah banyak info tentang telefon yang bakal ditawarkan Samsung untuk tahun 2023 seperti Galaxy A14, Galaxy A24, Galaxy A34, serta Galaxy A54. Info tentang Galaxy A74 masih tiada sehingga kini.



Antara teori yang berlegar adalah bagi menyediakan ruang supaya Samsung boleh melancarkan beberapa varian Galaxy S yang lebih murah untuk dislot masuk ke ruang kosong tersebut. Sekiranya benar, ia lantas menjadikan jalur Galaxy A5x sebagai flagship yang baharu dalam 2023 kelak.

Kalau mengikut harierki, di bawah A73 sekarang kita ada Galaxy A53 5G yang ditawarkan pada harga RM1,699 kemudian Galaxy A33 5G pada RM1,349.



Tapi ini, teori cuma sekadar teori. Sekiranya Galaxy A7x dihentikan, maka tiadalah wakil telefon Samsung dalam braket harga RM2,000 hingga RM3,000 untuk tahun 2022-2023. Hal ini kerana Galaxy A73 yang ditawarkan di Malaysia sekarang sudahpun mencecah RM2,099 manakala Galaxy S21 FE dengan spesifikasi yang agak berusia dilancarkan pada harga RM2,899.

Adakah Samsung sedang mempersiap diri dengan Galaxy S22 Fe?

Sumber: GalaxyClub, GSMArena

Tags: androidsamsungsamsung galaxysamsung galaxy a14samsung galaxy a24samsung galaxy a34samsung galaxy a54
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung tamatkan jalur Galaxy A7x? Kuranglah ahli telefon RM2,000 hingga RM3,000

22 December 2022
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN