• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fahmi Fadzil sebenarnya pernah berkhidmat di bawah Cybersecurity Malaysia 12 tahun lalu

  • OLEH Najib
  • 10:57 pm
  • 26/12/2022
  • Komen
Fahmi Fadzil sebenarnya pernah berkhidmat di bawah Cybersecurity Malaysia 12 tahun lalu
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil sebelum terlibat sepenuh masa dalam bidang politik, pernah melibatkan diri dalam aktiviti seni. Antaranya menjadi pelakon dalam drama bresiri Gol dan Gincu, menulis skrip filem, serta menjadi pengacara rancangan temubual.

Tetapi masih ada lagi rahsia yang belum diketahui ramai. YB Fahmi Fadzil sebenarnya pernah berkhidmat di dalam agensi di bawah Kementerian yang diterajui sekarang suatu masa dahulu, iaitu CyberSecurity Malaysia.



Menerusi ciapan oleh Fikri, YB Fahmi pernah membantu mempromosikan MYCC (Malaysian Common Criteria Evaluation and Certification), agensi di bawah CyberSecurity Malaysia. Dalam video tersebut, YB Fahmi menjelaskan tentang apa itu MyCC dan kelebihannya.

https://t.co/KKHgsRECYe @fahmi_fadzil do you still remember those days when we do this job? Me and @briang0mez was directing this video for @cybersecuritymy no wonder la “dia dah lama merancang kita je yg lalai” 😂

— Fikri (@fikri246) December 26, 2022

Video tersebut telah dimuat naik di saluran YouTube CyberSecurityMy pada 7 Oktober 2010. Bermakna, dihasilkan sekitar 12 tahun yang lepas.



Jika tidak tahu, MyCC adalah badan yang memberi pengiktirafan tentang produk ICT di Malaysia. Dengan pengiktirafan ini, ia akan memudahkan produk ICT tersebut dipasarkan di peringkat antarabangsa kerana keyakinan yang diberikan oleh MyCC. Ini kerana MyCC memastikan produk tersebut benar-benar berfungsi seperti apa yang diperkatakan pengeluarnya, dan memenuhi standard yang ditetapkan.

Apa lagi lakonan Fahmi Fadzil yang belum diketahui lagi ya? Jika ada, boleh kongsikan dengan kami.

[Sumber: Fikri]

Tags: Cybersecurity MalaysiaFahmi Fadzilmycc
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Fahmi Fadzil sebenarnya pernah berkhidmat di bawah Cybersecurity Malaysia 12 tahun lalu

Fahmi Fadzil sebenarnya pernah berkhidmat di bawah Cybersecurity Malaysia 12 tahun lalu

26 December 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN