• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Tambang harga tetap dan murah di AirAsia, sempena Tahun baru Cina

  • OLEH Najib
  • 5:15 pm
  • 28/12/2022
  • Komen
Tambang harga tetap dan murah di AirAsia, sempena Tahun baru Cina
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi merapatkan dan menyatukan keluarga sempena perayaan yang akan datang, AirAsia hari ini mengumumkan dua perkara penting untuk Tahun Baru Cina. Pertama adalah penerbangan tambahan istimewa antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Kedua adalah harga tambang rendah tetap untuk laluan yang sama.

Majlis pengumuman hari ini turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke. Beliau berbesar hati melihat AirAsia terus komited untuk menyokong inisiatif kerajaan untuk menurunkan tambang penerbangan semasa musim perayaan, meskipun terdapat kekangan operasi. Dia menggalakkan syarikat penerbangan lain untuk turut melancarkan inisiatif yang sama atau lain yang boleh mengurangkan tambang penerbangan terutamanya semasa musim perayaan.



Pengumuman AirAsia hari ini meliputi penerbangan antara Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri pada harga RM199 sehala. Ia juga termasuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu pada hanya RM249 sehala.

Harga ini sudah termasuk cukai dan yuran berkaitan, tetapi ada terma dan syarat yang perlu diketahui penumpang sebelum membeli. Harga tambang rendah tetap ini hanya untuk penerbangan tambahan, yang disenaraikan seperti jadual di bawah mengikut nombor penerbangan yang dinyatakan. Ia juga tidak termasuk tambahan perkara lain seperti makanan, kerusi dan bagasi daftar masuk.



Selain 52 penerbangan tambahan istimewa ini, AirAsia juga mengendalikan 274 penerbangan mingguan tetapi pada tambang harga biasa ke destinasi yang serupa. Ingat, tambang murah hanya untuk penerbangan tambahan sahaja.

AirAsia turut menasihatkan penumpang yang melakukan perjalanan semasa perayaan Tahun Baru Cina akan datang untuk tiba di lapangan terbang, dua jam lebih awal daripada waktu perlepasan yang dijadualkan (untuk perjalanan domestik) untuk mengelakkan kesesakan. Mereka juga digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri menggunakan aplikasi AirAsia Super App, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan.

Jadual Penerbangan Tambahan dan Tambang Murah Tetap AirAsia Tahun Baru Cina

Penerbangan Kuala Lumpur ke Sarawak
Penerbangan Johor Bahru ke Sarawak
Penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah
Penerbangan Johor Bahru ke Sabah

Bacaan Berkaitan

  • Penerbangan AirAsia anda diubah atau dijadual semula? Sebenarnya anda boleh tukarnya percuma
  • AirAsia Community, Chat, dan Gifts dilancar, pusat sehenti pengembara rentas sempadan pertama seumpamanya
  • AirAsia Super+ Lite & Premium, terbang murah tanpa had sehingga Jepun, Korea dan banyak lagi
Tags: AirAsiaAnthony Loke
Najib

Najib

POPULAR

Tambang harga tetap dan murah di AirAsia, sempena Tahun baru Cina

Tambang harga tetap dan murah di AirAsia, sempena Tahun baru Cina

28 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER