• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

  • OLEH Najib
  • 1:30 pm
  • 28/12/2022
  • Komen
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Di zaman internet berkelajuan pantas masakini, siapa yang tidak kenal dengan Netflix, platform pernstriman video terkemuka di dunia. Walaupun dikatakan paling popular, Netflix masih tidak dapat mengelak daripada persaingan dan mengalami penurunan dalam keuntungan.

Kerana itu, Netflix sudah sekian lama merancang untuk menyekat perkongsian akaun, satu perkara yang menjadikan Netflix digunakan ramai, kerana satu akaun boleh digunakan ramai pengguna. Wall Street Journal melaporkan, Netflix akan memulakan langkah menghentikan perkongsian akaun pada awal tahun 2023.



Mulai 2023, Netflix akan mula meminta pengguna yang berkongsi akaun dengan orang di luar rumah mereka, untuk membayar lebih. Netflix telah pun menguji beberapa cara untuk bayaran perkongsian akaun ini, antaranya di Amerika Latin, Netflix mengenakan bayaran USD2.99 kepada akaun yang didapati di daftar masuk di lokasi di luar alamat pendaftaran akaun. Pemilik akaun perlu memberi kod pengesahan untuk daftar masuk di luar lokasi, tetapi kod tersebut diperoleh jika bayaran tambahan telah dibuat.

Untuk menguatkuasakan peraturan ini, Netflix akan mengenakan sekatan perkongsian akaun menerusi alamat IP, ID peranti, dan aktiviti akaun. Tetapi Netflix pasti tidak mahu kehilangan pengguna akibat langkah ini, jadi ia mungkin akan dilaksanakan secara berperingkat, bukan dipaksa terus.



Sebenarnya, dalam terma dan syarat pendaftaran Netflix, mereka telah jelas menyatakan bahawa perkongsian akaun di luar rumah adalah tidak dibenarkan. Tetapi mereka tidak pernah memaksa perkara ini. Sebagai cara lain, Netflix cuba mengenakan bayaran tambahan untuk menjadikan perkongsian akaun dibenarkan. Dijangkakan, Netflix memiliki 222 juta akaun berbayar, yang berkongsi akaun dengan 100 juta pengguna lain dan ia lebih berbaloi untuk Netflix mengenakan sedikit bayaran tambahan.

Pelan Netflix di Malaysia sebenarnya banyak pilihan, daripada serendah RM17 untuk 1 akaun di peranti mudah alih, sehingga RM55 untuk menonton di 4 skrin serentak. Di Amerika Syarikat, Netflix telah memperkenal pelan bersama iklan di dalamnya pada harga lebih murah.

Jika dibanding dengan platform penstriman lain, pelan Netflix sebenarnya agak murah kalau dikongsi. Berapa harga patut kalau Netflix mula kenakan bayaran tambahan untuk berkongsi akaun? RM5 seorang?

[Sumber: MacRumors, WSJ]

Bacaan Berkaitan

  • Lupa nak log keluar Netflix daripada TV homestay? Ini ada fungsi baharu untuk bantu anda
  • Ini petanda awal Netflix akan kenakan bayaran kalau anda kongsi akaun?
  • Netflix lancar iklan dalam pelan, harganya tidak murah sangat
  • Netflix kenakan bayaran untuk akaun amalkan perkongsian kata laluan
Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

28 Disember 2022
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER