• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

250,248 data pelanggan Unifi Mobile terdedah, pengguna diminta terus berjaga-jaga

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 03/01/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam isu yang serupa dengan Maybank, Telekom Malaysia (TM) memaklumkan bahawa sebanyak 250,248 maklumat pelanggan Unifi Mobile telah terjejas dalam pendedahan data pada 28 Disember lalu. Ia melibatkan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam pendedahan tersebut, maklumat pelanggan yang disebarkan adalah nama, nombor telefon dan e-mel. Manakala tiada maklumat lain yang ditemui terdedah, termasuk kata laluan.



Tambah TM, walaupun langkah keselamatan tambahan telah dilaksanakan untuk mengasingkan risiko dan melindungi pelanggan, mereka tidak mengalami sebarang gangguan perkhidmatan dalam kejadian ini.

“TM mengesahkan bahawa pelanggaran itu telah dibendung dan mengambil beberapa langkah bagi meminimumkan impak potensi kepada 250,248 pelanggan ini. Pelanggan tertentu yang terjejas telah dimaklumkan. Pelanggan yang tidak menerima sebarang pemberitahuan tidak terjejas.



“TM juga telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa berkaitan iaitu Pusat Penyelarasan Siber Negara (NC4), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“TM sedang memantau dengan teliti dan sedang menjalankan penilaian tambahan. Kami menasihati pelanggan supaya mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila menerima komunikasi daripada pihak yang tidak dikenali, serta memastikan maklumat dalam talian mereka pada setiap masa.

“Kami akan terus mengukuhkan dan memastikan rangka kerja keselamatan data, dasar, sistem dan proses kami sentiasa pada penanda aras piawaian Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT) Bank Negara Malaysia dan ISO27001, serta piawaian global lain untuk mengelakkan kejadian sedemikian,” tambah TM.

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

  • Astro nafi maklumat pelanggan terdedah di forum atas talian
  • Siasatan Maybank sahkan tiada kebocoran data pelanggan berlaku
  • Fahmi Fadzil mahu SKMM dan KKD kaji mekanisma terbaik atasi iklan scam di media sosial
Tags: TMUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

250,248 data pelanggan Unifi Mobile terdedah, pengguna diminta terus berjaga-jaga

3 January 2023
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN