• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

India wajibkan telefon pintar guna pengecas USB-C pada 2025

  • OLEH Najib
  • 2:32 pm
  • 04/01/2023
  • Komen
India wajibkan telefon pintar guna pengecas USB-C pada 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sudah mendengar tentang Kesatuan Eropah (EU) mewajibkan semua pengeluar peranti mudah alih untuk menggunakan USB-C sebagai port pengecas standard mulai 2024. Kini kerajaan India pula mengumumkan bahawa mereka akan menguatkuasakan pengguna USB-C sebagai standard pengecas di telefon pintar pada 2025.

EU akan mewajibkan penggunaan USB-C di telefon pintar dan peranti mudah alih lain mulai 28 Disember 2024. Manakala India memberi sedikit kelonggaran dengan memulakannya lewat beberapa bulan iaitu pada Mac 2025.



Langkah ini diambil untuk mengurangkan pembaziran peralatan elektronik (e-waste), terutamanya kepala pengecas. EU melaporkan bahawa sebanyak 11,000 tan e-waste dibuang setiap tahun dan penguatkuasaan ini boleh menjimatkan sehingga EUR 250 juta kerana pengguna tidak lagi perlu membeli pengecas berbeza.

Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Pengguna India, Rohit Kumar Singh berkata, Biro Piawaian India akan menetapkan dua piawaian pengecas. Satu untuk peranti mudah alih dan satu lagi untuk peranti elektronik boleh pakai. Jadi peranti seperti jam dan penjejak kecergasan, akan menggunakan pengecas bukan USB-C tetapi serupa untuk semua.



Nokia 3310, telefon mudah alih biasa

Tetapi telefon bimbit biasa, mungkin akan dikecualikan daripada menggunakan USB-C kerana pemain industri menyatakan ia akan meningkatkan kos penghasilan dan menjadikan telefon murah ini, lebih mahal.

Langkah India ini merupakan satu lagi tamparan hebat untuk Apple kerana iPhone masih menggunakan port Lightning. Kebanyakan telefon pintar Android sudah lama menggunakan port USB-C, walaupun masih ada telefon pintar kelas permulaan yang menggunakan mikro-USB. Tetapi ia tidak menjadi masalah untuk pengeluar telefon Android untuk beralih sepenuhnya kepada USB-C. EU juga baru mengumumkan cadangan untuk melaksanakan undang-undang membenarkan pengguna menukar sendiri bateri dengan mudah.

India merupakan pasaran telefon pintar kedua terbesar dunia, selepas China. Pengumuman ini pasti akan mempercepat usaha Apple untuk menggunakan USB-C di iPhone. Paling lewat, akan dipasang di iPhone 16 tahun depan. Jika cepat, akan kelihatan pada iPhone 15 akhir tahun ini.

[Sumber: BusinessInsider, 91mobiles]

Bacaan Berkaitan

  • Elak keliru, ini tips pilih pengecas multiport USB untuk cas banyak peranti serentak
  • 5 pengecas GaN untuk cas gajet anda di tahap paling optimum
  • iPhone diwajibkan ganti port Lightning kepada USB-C sebelum 2024
  • Bateri boleh cabut akan diwajibkan Eropah, satu lagi tamparan hebat untuk Apple
  • iPhone dengan USB-C harus hadir sebelum 24 Disember 2024 atau berdepan risiko tidak boleh dijual di Eropah
Tags: indiausbusb-c
Najib

Najib

POPULAR

India wajibkan telefon pintar guna pengecas USB-C pada 2025

India wajibkan telefon pintar guna pengecas USB-C pada 2025

4 January 2023
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN