• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MySejahtera kini sediakan tempahan janji temu untuk 8 perkhidmatan kesihatan ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:03 pm
  • 04/01/2023
  • Komen
MySejahtera kini sediakan tempahan janji temu untuk 8 perkhidmatan kesihatan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kadang-kadang kita sanggup datang awal pagi, beratur di pusat kesihatan dengan harapan urusan dapat diselesaikan cepat. Contohnya untuk lakukan saringan HIV sebelum perkahwinan. Tapi hal ini jadi memenatkan apabila nombor giliran yang kita terima pada awal pagi, dipanggil pada waktu tengah hari. Anda pernah berhadapan dengan situasi ini?

Berita baiknya, bermula 1 Januari 2023 terdapat lapan jenis perkhidmatan kesihatan utama dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera dan anda boleh lakukan janji temu melaluinya. Jenis perkhidmatan tersebut adalah:



  1. Rawatan pesakit luar
  2. Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (National Health Screening Initiative)
  3. Saringan Kesihatan PeKa B40
  4. Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  5. Saringan Pra-Perkahwinan
  6. Khidmat Berhenti Merokok
  7. Perkhidmatan Perancang Keluarga
  8. Prosedur seperti membalut luka, buang jahitan pembedahan (STO) dan sebagainya

Dengan adanya ciri ini, orang ramai tentunya akan rasa lebih selesa hadir ke pusat kesihatan lebih-lebih lagi untuk dapatkan rawatan. Dalam masa yang sama, pelaksanaan ciri ini juga boleh kurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan dan mengoptimumkan masa menunggu untuk dapatkan rawatan. Untuk mula menempah janji temu, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Tekan Appointments
  3. Pilih tempah temujanji untuk siapa, anda atau tanggungan
  4. Seterusnya, pilih perkhidmatan yang anda perlukan
  1. Pilih lokasi dan waktu janji temu
  2. Akhir sekali tekan Confirm

Pastikan anda hadir ke pusat kesihatan yang telah dipilih pada waktu tertera, untuk elakkan kesesakan dan kelewatan rawatan pada pesakit lain. Nampaknya MySejahtera kini ada banyak manfaat. Sebelum ini, ciri yang ditambah padanya ialah Kad Penderma Darah dan ciri derma organ. Mungkin pada masa hadapan MySejahtera boleh tambah pula rekod janji temu pemeriksaan untuk ibu mengandung dan bayi yang baru lahir.



[Sumber: KKM Malaysia]

[Sumber gambar: Klinik Kesihatan Kuala Lumpur]

Tags: mysejahtera
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

MySejahtera kini sediakan tempahan janji temu untuk 8 perkhidmatan kesihatan ini

MySejahtera kini sediakan tempahan janji temu untuk 8 perkhidmatan kesihatan ini

4 January 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER