• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Keselamatan

TIPS: Cara semak jika butiran peribadi terjejas & langkah untuk kekal selamat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:23 pm
  • 04/01/2023
  • Komen
TIPS: Cara semak jika butiran peribadi terjejas & langkah untuk kekal selamat
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak berita berkaitan kebocoran data pengguna pernah kami kongsi. Contohnya, baru-baru ini, Telekom Malaysia maklumkan bahawa sebanyak 250,248 maklumat pelanggan Unifi Mobile telah terjejas. Sebelum itu ada juga isu timbul mengenai maklumat peribadi 5 juta penumpang AirAsia terdedah selepas syarikat penerbangan tersebut diserang perisian tebusan (ransomware). 

Isu yang dilaporkan itu semestinya membimbangkan ramai orang kerana data peribadi yang seharusnya dirahsiakan telah terdedah. Perkara ini lebih membimbangkan jika data tersebut di salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk kekal selamat dan bagaimana caranya untuk ketahui jika data kita sudah terdedah?



Ketahui jika data peribadi sudah terdedah

Untuk ketahui sama ada data anda sudah terdedah, anda boleh periksanya melalui laman web HaveIBeenPwned.com dengan memasukkan emel atau nombor telefon. Jika didapati ianya terdedah, anda boleh lihat di halaman sama mengenai jenis data yang terjejas dan platform yang terlibat.

Selain itu, anda juga boleh periksa keselamatan data anda melalui platform F-secure. Di sini anda perlu masukkan emel, kemudian sistem akan menyemak jika maklumat peribadi yang dikaitkan dengan emel itu telah didedahkan. Anda akhirnya akan terima emel laporan pelanggaran dengan tindakan yang disyorkan.



Tukar kata laluan dan waspada dengan taktik pancingan data

Tidak kira sama ada data anda terdedah atau pun tidak, pastikan dua faktor pengesahan (2FA) pada akaun di dalam talian di hidupkan. Ini adalah untuk menyukarkan orang lain log masuk ke akaun anda. Sekiranya didapati data anda sudah diceroboh, maka untuk kekal selamat anda harus tukar kata laluan yang digunakan di dalam talian, lebih-lebih lagi pada akaun yang tidak ditukar lebih daripada 12 bulan. Anda boleh gunakan pengurus kata laluan seperti 1Password atau Google Password Manager untuk dapatkan kata laluan yang kuat dan unik bagi semua akaun dalam talian.

Ingat, scammer yang membeli data secara mudah boleh mendekati anda melalui taktik phishing (pancingan data) dengan menyamar sebagai pegawai bank, agensi kerajaan atau polis kerana mereka telah mempunyai nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon serta alamat anda. Sebagai langkah berjaga-jaga dengan taktik ini, jangan klik pada pautan yang mencurigakan di dalam e-mel dan SMS. Jika terima panggilan telefon mencurigakan, tamatkannya segera.

Hubungi NSRC di talian 997 jika anda jadi mangsa penipuan. Anda digesa melaporkannya dalam tempoh 24 jam supaya Bank Negara Malaysia dapat menghentikan pengeluaran wang.

[Sumber: SoyaCincau]

[Sumber gambar: Csoonline]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: Cara pastikan akaun bank selamat dari penjenayah siber
  • TIPS: Cara mencipta kata laluan paling selamat
  • Cara pantas dapatkan semula akaun media sosial yang digodam – Facebook, Twitter, Tiktok & banyak lagi
Tags: data breachSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara semak jika butiran peribadi terjejas & langkah untuk kekal selamat

TIPS: Cara semak jika butiran peribadi terjejas & langkah untuk kekal selamat

4 January 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER