• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semangat perangi scam, JSJK PDRM lancar video muzik “Be Smart Stay Alert”

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:13 pm
  • 05/01/2023
  • Komen
Semangat perangi scam, JSJK PDRM lancar video muzik “Be Smart Stay Alert”
Share on FacebookShare on Twitter

Umum mengetahui, ada banyak berita berkaitan mangsa scam dikongsikan melalui portal berita dan media sosial, tapi anda rasa kenapa masih ada lagi kes mengenainya berlaku? Adakah ia berpunca dari kekurangan pengetahuan mengenai scam? Jenayah scam di Negara ini sangat merisaukan, lebih-lebih lagi apabila statistik tahun 2022 menunjukkan terdapat 20,041 jumlah kes jenayah penipuan dalam talian terjadi. Kejadian itu melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM684.5 juta.

Bagi memastikan mesej dan pengetahuan berkaitan jenayah komersil dapat disebarkan kepada setiap lapisan masyarakat, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) baru-baru ini telah lancarkan sebuah lagu khas bertajuk “Be Smart Stay Alert” dan kolaborasi bersama Whoscall.



Antara nama-nama besar yang ada dalam muzik video ini ialah Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia iaitu SAC Victor Sanjos serta Pengarah JSJK, Polis Diraja Malaysia, YDH CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din.

Walaupun lagu ini ringkas tapi ada banyak peringatan mengenai scam disampaikan. Antaranya ialah taktik dan tipu daya penjenayah dalam talian, menggesa pendengar supaya peka dengan scammer serta ingat nasihat-nasihat polis. Dapat dilihat pelbagai lapisan masyarakat terlibat dalam video ini, ia termasuklah orang awam dan pelajar sekolah.



Lagu ini ditampilkan dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Ada juga sarikata Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil disediakan. Jika anda perlukan lirik penuh, JSJK PDRM ada kongsikannya di Facebook rasmi mereka.

Bagi saya, lagu ini tidaklah catchy seperti lagu “Jom Kita Mengundi”. Masa saya dengar lagu itu, memang saya bersemangat nak keluar mengundi. Walaupun begitu, lagu “Be Smart Stay Alert” ada banyak peringatannya, jika disiarkan selalu di TV atau radio, mungkin pesanannya boleh melekat dalam ingatan orang ramai.

Untuk mengekang jenayah scam, pastikan anda sentiasa peka dengan taktik scammer, jangan layan sebarang panggilan atau mesej yang mencurigakan dan hubungi NSRC 997 jika telah menjadi mangsa.

Tags: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)JSJKpdrmSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Semangat perangi scam, JSJK PDRM lancar video muzik “Be Smart Stay Alert”

Semangat perangi scam, JSJK PDRM lancar video muzik “Be Smart Stay Alert”

5 January 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER