• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Selepas bangunkan cip sendiri, Apple mahu hasilkan skrin sendiri pula

  • OLEH Najib
  • 6:02 pm
  • 11/01/2023
  • Komen
[REVIU] iPhone 14 Plus vs iPhone 13 Pro Max – mana lebih berbaloi
Share on FacebookShare on Twitter

Apple sudah lama merancang tetapi pasti ada yang lalai. Untuk mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar pihak ketiga, Apple telah sedikit demi sedikit, menghasilkan cip sendiri. Ia bermula dengan penghasilan cip Apple Silicon M1 dan diperbaharui kepada cip Silicon M2.

Beberapa hari lepas, Apple dilaporkan mahu berhenti menggunakan cip rangkaian seperti modem, Bluetooth serta WiFi daripada pihak ketiga seperti Qualcomm, Broadcomm dan Intel sekitar tahun 2025. Dengan penghasilan cip Apple Silicon sendiri, tidak mustahil Apple mahu melengkapkan kesemua teknologinya dengan rekabentuk daripada jurutera sendiri.



Terbaru, Apple dikhabarkan mahu menghasilkan paparan sendiri pula. Bloomberg menyatakan, sumber dalaman yang dipercayai menyebut Apple akan mula menggunakan paparan keluaran mereka sendiri pada tahun 2024. Langkah ini akan dimulakan daripada Apple Watch dan diluaskan lagi kepada peranti Apple yang lain, termasuk iPhone. Dengan ini, Apple tidak perlu lagi mendapatkan skrin daripada pembekal utama mereka, Samsung dan LG.

Apple dijangka akan beralih daripada teknologi OLED, kepada mikro-LED untuk paparan ini. Walaupun Apple akan membangunkan sendiri paparan tersebut, mereka masih bergantung kepada pengeluar lain untuk menghasilkannya secara besar-besaran. Sudah pasti, ia adalah paparan yang lebih baik daripada apa yang ada di produk Apple masakini.



Laporan Bloomberg tersebut turut menyatakan, Apple sudah merancang untuk menghasilkan sendiri paparan pada tahun 2018 dan mahu memperkenal produk pertama pada tahun 2020. Disebabkan kos yang terlalu tinggi dan pelbagai masalah teknikal, perkara ini ditangguhkan dan 2024 dilihat sebagai tahun ia mampu dilaksanakan.

Kita dapat melihat masalah kebergantungan Apple kepada satu sumber, mengakibatkan kerugian besar apabila kilang pengeluaran Apple di China tidak dapat beroperasi akibat sekatan kerajaan China terhadap polisi sifar COVID. Apple telah merancang untuk menggunakan kilang di India dan Vietnam untuk penghasilan produk mereka, malah ada ura-ura akan melibatkan Malaysia.

[Sumber: Bloomberg, 9to5mac]

Bacaan Berkaitan

  • Ricu dalam kilang Apple di China, 6 juta unit iPhone tidak dapat disiapkan
  • Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia
  • Sebahagian penghasilan produk Apple akan dipindah ke luar China
  • Apple, untuk pertama kalinya, akan pasang iPad di luar China
Tags: apple
Najib

Najib

POPULAR

[REVIU] iPhone 14 Plus vs iPhone 13 Pro Max – mana lebih berbaloi

Selepas bangunkan cip sendiri, Apple mahu hasilkan skrin sendiri pula

11 January 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN