• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung bagi 12 bulan Viu Premium percuma jika beli Galaxy Buds 2 Pro sekarang

  • OLEH Najib
  • 12:33 pm
  • 11/01/2023
  • Komen
Samsung bagi 12 bulan Viu Premium percuma jika beli Galaxy Buds 2 Pro sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Menonton kandungan secara strim di telefon pintar sudah menjadi norma masa kini. Jika anda mahu mendapatkan fon putik berkualiti tinggi sambil menonton kandungan hebat di Viu, anda perlu mendapatkan fon putik terbaru Samsung sekarang.

Samsung Malaysia kini mengumumkan hadiah menarik untuk pembeli fon putik Galaxy Buds 2 Pro, berharga RM899. Dari sekarang sehingga 31 Januari 2023, pembeli Galaxy Buds 2 Pro akan menerima langganan Viu percuma selama 12 bulan (bernilai RM99.90).



Pembelian Galaxy Buds 2 Pro boleh dibuat di mana-mana kedai Samsung Experience, Stor Online Samsung, Lazada, Shopee, atau pengedar sah Samsung. Pastikan anda memiliki resit dan membuat pembelian selewat-lewatnya pada 31 Januari 2023. Selepas itu, tebus langganan Viu 12 bulan menerusi laman penebusan Samsung Malaysia.

Walaupun pembelian Galaxy Buds 2 Pro perlu dibuat bulan ini, penebusan Viu percuma boleh dilakukan sehingga 31 Mei 2023. Jadi, ada banyak masa untuk menebus pemberian percuma ini.



Viu menampilkan kandungan penstriman berkualiti tinggi, dihasilkan pengeluar tempatan di Malaysia dan Indonesia, serta pelbagai rancangan menarik daripada Korea Selatan. Antaranya Hilang, drama bersiri Viu Original yang membariskan pelakon popular tempatan seperti Khir Rahman, Aqasha, Siti Saleha dan Jasmine Suraya.

Hilang di Viu

Galaxy Buds 2 Pro adalah fon putik flagship daripada Samsung, dilancarkan pada Ogos tahun lepas. Ia memiliki penyaring hingar aktif (ANC) dengan hayat bateri sehingga 5 jam bersama ANC aktif. Ia boleh dicas menerusi USB-C dan wayarles, dengan bekas pengecas yang kompak dan fon putik yang sangat kecil.

Tonton ulasan Najib mengenai Galaxy Buds 2 Pro di bawah untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Tags: samsungsamsung galaxy buds 2 proViu
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Samsung bagi 12 bulan Viu Premium percuma jika beli Galaxy Buds 2 Pro sekarang

Samsung bagi 12 bulan Viu Premium percuma jika beli Galaxy Buds 2 Pro sekarang

11 January 2023
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN