• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google bawakan 9 emoji dalam Meet, sesuai untuk beri reaksi semasa mesyuarat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:35 pm
  • 13/01/2023
  • Komen
Google bawakan 9 emoji dalam Meet, sesuai untuk beri reaksi semasa mesyuarat
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya, mesyuarat dalam talian secara beramai-ramai memerlukan kita dengar sambil diam supaya tidak mengganggu fokus penyampai. Jadi, susah untuk kita ekspresikan jika kita setuju, suka atau tidak suka pada sesuatu perbincangan. Terkini, Google jadikan Meet lebih sosial dengan ciri baharu yang dipanggil reaksi dalam mesyuarat.

Melaluinya, anda boleh kongsi satu daripada sembilan reaksi emoji pada pengguna yang terlibat. Ada emoji berbentuk hati, ibu jari ke atas, popper parti, tepuk tangan, ketawa, terkejut, berfikir, sedih dan ibu jari ke bawah. Tidak banyak emoji seperti ini ada di papan kekunci, jadi ia sangat berguna ditambah pada bar kawalan Google Meet.



Reaksi yang dipilih pengguna akan muncul pada tetingkap penerima dan ia boleh dilihat oleh semua di dalam mesyuarat. Jika ada ramai pengguna yang berikan reaksi, anda boleh lihat letusan emoji dari mereka tersusun di sebelah kiri skrin anda.

Untuk berkongsi emoji, anda cuma perlu pilih ikon senyuman dalam bar kawalan di bahagian bawah skrin, kemudian, tekan pada emoji yang mahu. Anda juga boleh tukar ton kulit emoji itu.



Ciri ini akan dilepaskan kepada semua pengguna bermula 16 Januari. Dengan adanya pilihan reaksi ini, bolehlah pengguna tunjukkan reaksi masing-masing semasa mesyuarat.

Selain itu, satu lagi ciri yang akan tiba ialah, pengguna Meet di telefon boleh masukkan latar belakang 360 darjah dan ia boleh berpusing mengikut peranti anda. Antara latar belakang yang tersedia ialah pantai, bangunan tinggi dan gunung. Ciri ini akan tersedia kepada semua pengguna di Android dan iOS.

[Sumber: Engadget]

Tags: google meet
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google bawakan 9 emoji dalam Meet, sesuai untuk beri reaksi semasa mesyuarat

Google bawakan 9 emoji dalam Meet, sesuai untuk beri reaksi semasa mesyuarat

13 January 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN