• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Gentari kongsi kepakaran pembangunan infrastruktur pengecas EV di Thailand melalui kerjasama dengan Evolt

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:26 am
  • 16/01/2023
  • Komen
Gentari kongsi kepakaran pembangunan infrastruktur pengecas EV di Thailand melalui kerjasama dengan Evolt
Share on FacebookShare on Twitter

Gentari Green Mobility, anak syarikat kepada Gentari Sdn. Bhd. maklumkan yang mereka telah menandatangani MoU dengan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pengecas EV dari Bangkok, Evolt Technology Company Limited (Evolt).

Kerjasama yang bakal dijalinkan ini adalah bagi memperluas penawaran infrastruktur pengecas EV ke seluruh rantau Asia Tenggara, berbekalkan kepakaran daripada kedua-dua pihak yang akan disepadukan nanti.



Menurut CEO Gentari Green Mobility, MoU ini menandakan bermulanya pengembaraan mereka ke dalam rantau Asia Tenggara dan ia dimulakan dengan Thailand melalui kerjasama dengan Evolt. Melaluinya, mereka akan membangunkan infrastruktur pengecas di lokasi-lokasi panas seperti pusat beli-belah, hotel, pejabat, dan kawasan bertrafik tinggi.

Penentuan lokasi ini akan dilicinkan dengan penglibatan Evolt selaku jenama tempatan, disamping mereka juga akan melabur daripada segi modal bagi menyuburkan landskap EV di negara ini.



Menurut laman web Evolt, mereka kini mengendalikan lebih 200 stesen pengecasan di Thailand yang terdiri daripada 120 pengecas DC dan 80 pengecas AC. Mereka telah dilapor bekerjasama dengan nama-nama besar automotif seperti Porsche dan MG dan mereka juga ada jalinkan kerjasama dengan Central Pattana Plc, syarikat pengendali pusat beli belah terkemuka Thailand.

Buat pengguna EV Malaysia, kehadiran Gentari di pasaran luar adalah satu berita baik. Mungkin pada satu hari nanti kita boleh menggunakan kemudahan pengecasan EV di luar dengan lancar, contohnya gunakan APP sedia ada Setel.

Di pihak Gentari, ini bukanlah kali pertama mereka mengadakan jalinan usaha sama di luar negara. Mereka sudahpun ada 132 stesen pengecas di India setakat 5 Januari 2023. Dalam pasaran tempatan, Gentari ada beberapa pusat mengecas EV yang terkenal seperti di X Park Sunway Serene dan Bangi Golf Club.

Tags: EVevoltGentari
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Gentari kongsi kepakaran pembangunan infrastruktur pengecas EV di Thailand melalui kerjasama dengan Evolt

Gentari kongsi kepakaran pembangunan infrastruktur pengecas EV di Thailand melalui kerjasama dengan Evolt

16 January 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN