• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

MacBook Pro 14 & 16 berkuasa Apple M2 dilancar, harga antara RM8,799 hingga RM26,799

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:24 pm
  • 17/01/2023
  • Komen
MacBook Pro 14 & 16 berkuasa Apple M2 dilancar, harga antara RM8,799 hingga RM26,799
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang digembar-gemburkan, Apple secara rasmi mengumumkan kemas kini terhadap barisan MacBook Pro 14 dan MacBook Pro 16 mereka yang kini diperkasa SoC Apple M2 Pro dan Apple M2 Max.

Daripada helaian spesifikasi, perubahan ketara cumalah pada SoC. Lain-lain komponen dilihat masih dikekalkan terutamanya fizikaliti, paparan, port I/O, malahan kapasiti bateri juga kekal.



Harga MacBook Pro 14 di Malaysia

Konfigurasi terendah MacBook Pro 14 dijual pada harga RM8,799. Anda beroleh laptop dengan SoC dengan CPU 10 teras dan GPU 16 teras. Bersama-sama dengan Apple M2 Pro itu, anda turut menerima RAM 16GB beserta storan 512GB.

MacBook Pro 14 (2023) termurah
MacBook Pro 14 (2023) termahal

Panel paparan Liquid Retina XDR 14” masih dikekalkan daripada generasi sebelum ini tanpa sebarang penambahbaikan dimaklumkan. Barisan port I/O yang anda bakal temui pada badannya adalah 3 Thunderbolt 4, HDMI, slot kad SDXC, jek audio 3.5mm, dan MagSafe 3 untuk tujuan pengecasan.



Buat anda yang ada bajet tambahan, konfigurasi maksimum yang boleh didapatkan adalah yang berharga RM25,999. Spesifikasi raksasa yang anda perolehi adalah SoC Apple M2 Max (CPU 12 teras, GPU 16 teras, NE 16 teras) yang bergandingan dengan RAM 96GB dan storan 8TB.

Harga MacBook Pro 16 di Malaysia

Buat yang perlukan paparan lebih besar, varian dengan paparan Liquid Retina XDR 16” boleh anda dapatkan pada harga bermula RM10,799. Bilangan port I/O yang anda terima juga sama seperti versi 14” iaitu 3 Thunderbolt 4, HDMI, slot kad SDXC, jek audio 3.5mm, dan MagSafe 3 untuk tujuan pengecasan.

MacBook Pro 16 (2023) termurah
MacBook Pro 16 (2023) termahal

Kesemua varian MacBook Pro 16 didatangkan dengan kepala pengecas 140W berbanding MacBook Pro 14 yang datang dengan kepala pengecas 67W tapi boleh dinaik taraf kepada 96W dengan tambahan RM80.

Spesifikasi terendah MacBook Pro 16 berikan anda SoC Apple M2 Pro dengan 12 teras CPU, 19 teras GPU, dan 16 teras NE. Ia digandingkan dengan RAM 16GB dan storan 512GB.

Konfigurasi maksimum MacBook Pro 16 boleh anda beli pada harga RM26,799. Padanya anda beroleh cip Apple M2 Max dengan 12 teras CPU, 38 teras GPU, dan 16 teras NE. Disamping cip paling berkuasa, anda juga terimas RAM 96GB beserta storan 8TB.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: appleapple m2apple m2 maxapple m2 proApple MacBook Proapple macbook pro 14 (2023)apple macbook pro 16 (2023)
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
MacBook Pro 14 & 16 berkuasa Apple M2 dilancar, harga antara RM8,799 hingga RM26,799

MacBook Pro 14 & 16 berkuasa Apple M2 dilancar, harga antara RM8,799 hingga RM26,799

17 Januari 2023
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER