• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

100 unit BYD Atto 3, EV berharga bawah RM200,000 telah selamat tiba ke tangan pemilik di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:01 am
  • 18/01/2023
  • Komen
BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan
Share on FacebookShare on Twitter

Sime Darby Motor, pengedar kenderaan elektrik (EV) berjenama BYD Atto 3 di Malaysia telah berjaya menghantar 100 unit pertama EV tersebut kepada pemilik baru di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada 1,000 unit Atto 3 yang telah ditempah dalam tempoh 10 hari selepas ia dilancar di Malaysia bulan lepas.

Encik Goh, antara penerima terawal Atto 3 berkongsi kegembiraannya apabila menerima EV tersebut. Katanya, dia mengenali BYD yang terkenal sebagai pengeluar EV terkemuka di dunia lama sebelum dilancar di Malaysia. Apabila mengetahui ia akan dijual di Malaysia, dia merasakan ia adalahmasa yang tepat untuk memilikinya dan segera membuat tempahan. Keseluruhan BYD Atto 3 dari segi rekaan, spesifikasi dan prestasinya, jauh melebihi jangkaannya. Ia ditambah lagi dengan memandu EV adalah lebih mesra alam sekitar.



Jeffery Gan, Pengarah Urusan Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motor berkata, dengan kejayaan menghantar BYD Atto 3 pertama di pasaran Malaysia, mereka berharap untuk mengekalkan momentum ini dengan membawa lebih banyak unit ke Malaysia tidak lama lagi. Sime Darby Motor juga akan terus memacu pertumbuhan EV di Malaysia dan dalam usaha meluaskan lagi penawaran EV bersama rakan niaga seperti BYD bagi membawa inovasi menarik ke pasaran tempatan, mereka juga beruasah usaha untuk memenuhi permintaan mesra alam yang kian meningkat di kalangan rakyat Malaysia bagi memacu aspirasi negara mencapai pengangkutan rendah karbon.

Sime Darby melancarkan dua varian BYD Atto 3 di Malaysia, dengan harga RM149,800 untuk Standard Range dan RM167,800 bagi model Extended Range. Terdapat lima pilihan warna turut disediakan iaitu Surf Blue, Parkour Red, Boulder Grey, Forest Green dan Ski White.



BYD Atto 3 memiliki jarak perjalanan sehingga 480km dengan sekali pengecasan melalui kemampuan bateri yang luar biasa. Ia telah dibina berlandaskan teknologi terkini BYD e-platform 3.0.

Untuk memberi lebih ketenangan buat pemilik, Atto 3 juga dilindungi jaminan selama 6 tahun ataupun 150,000km. Manakala bahagian bateri menerima jaminan 8 tahun ataupun 160,000km. Akhir sekali di bahagian motor, menerima jaminan selama 8 tahun ataupun 150,000km.

Kenali BYD Atto 3 dengan lebih mendalam menerusi video kami di bawah ini. Anda jgua boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini.

Tags: BYDBYD Atto 3Sime Darby Motor
Najib

Najib

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan

100 unit BYD Atto 3, EV berharga bawah RM200,000 telah selamat tiba ke tangan pemilik di Malaysia

18 Januari 2023
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER