• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

M2 Pro & M2 Max: Apa yang menarik dengan SoC Apple terbaharu ini?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:12 am
  • 18/01/2023
  • Komen
M2 Pro & M2 Max: Apa yang menarik dengan SoC Apple terbaharu ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pengumuman kemas kini MacBook Pro 14, MacBook Pro 16, dan Mac mini, maka secara rasmilah keluar cip pemproses Apple M2 menerima dua ahli baharu. Menyertai Apple M2 sedia ada yang diperkenal dalam tahun 2022 dulu, kini kita ada Apple M2 Pro dan Apple M2 Max.

Apakah yang dibawakan dua cip baharu ini kepada pengguna?

Apple M2 Pro adalah cip pemproses yang mengandungi sehingga 40 billion transistor di atasnya ataupun hampir 19% lebih banyak berbanding M1 Pro dulu. Ia menjadikan cip ini 20% lebih berkuasa daripada segi CU dan 30% lebih berkuasa pada sudut GPU.



Apple M2 Pro

Bergantung kepada konfigurasi, cip M2 Pro boleh mengandungi sehingga 12 teras CPU dan sehingga 19 teras GPU. Satu lagi teras yang ditambah baik adalah untuk pemprosesan neural yang katanya 40% lebih pantas dengan kehadiran 16 teras pemproses.

Kelebaran jalur memori kekal kepada 200GB/s dengan sokongan RAM sehingga 32GB masih dikekalkan.



Kemudian, kita ada Apple M2 Max yang dikatakan Aple sebagai SoC paling berkuasa dan cekap untuk sebuah laptop professional. Pertama sekali, di atas cip ini mengandungi sehingga 67 billion transistor, 17.5% lebih banyak berbanding M1 Max yang dulu.

Apple M2 Max

Transistor-transistor ini menjadi sbeahagian daripada 12 teras CPU dan sehingga 38 teras GPU beserta 16 teras pemproses neural. Tidak seperti M2 Pro, Apple tidak pula berkongsi berapa peratuskan cip ini lebih baik berbanding M1 Max dulu.

Tapi yang nyata ditambah baik adalah sokongan memori sehingga 96GB berbanding 65GB sebelum ini sungguhpun kelebaran jalur memori kekal pada 400GB/s seperti generasi terdahulu.

Lain-lain perkara menarik yang perlu anda tahu adalah seperti kehadiran penyahkod pacuan perkakasan H.264, HEVC, dan ProRes untuk proses nyahkod superpantas tapi menggunakan sedikit tenaga. Pemproses isyarat imej pula memanfaatkan Enjin Neural bagi menambah baik gambar menggunakan teknologi AI.

Sumber: Apple

Tags: appleapple m2 maxapple m2 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

M2 Pro & M2 Max: Apa yang menarik dengan SoC Apple terbaharu ini?

M2 Pro & M2 Max: Apa yang menarik dengan SoC Apple terbaharu ini?

18 January 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN