• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Wallet, gabungkan Pay dan Pass dalam 1 aplikasi akan boleh diguna di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:16 am
  • 20/01/2023
  • Komen
Samsung Wallet, gabungkan Pay dan Pass dalam 1 aplikasi akan boleh diguna di  Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Electronics baru-baru ini telah mengumumkan bahawa perkhidmatan Samsung Wallet yang dilancarkan tahun lepas, akan tersedia di 8 buah negara menjelang hujung bulan Januari. Negara tersebut adalah Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, India, Singapura Taiwan dan juga negara kita Malaysia.

Sebelum ini, Samsung Wallet telah mula digunakan di 21 buah negara iaitu Bahrain, China, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Itali, Kazakhstan, Korea Selatan, Kuwait, Norway, Oman, Qatar, Africa Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Vietnam, UAE, United Kingdom dan Amerika Syarikat.



Samsung Wallet sebenarnya bukanlah perkhidmatan serba baharu. Ia adalah gabungan sistem pembayaran Samsung Pay dan juga sistem identiti digital Samsung Pass. Dengan satu aplikasi, pengguna akan boleh menggunakannya untuk pembayaran dan daftar masuk identiti digital dengan pantas dan selamat di telefon pintar. Samsung Wallet dilengkapi ciri keselamatan tinggi Samsung Knox untuk melindungi data pengguna.

Antara kegunaan Samsung Wallet kelak adalah pembayaran tanpa tunai dan kad di telefon pintar, menyimpan kad ganjaran dan kad keahlian secara digital, serta kad identiti seperti lesen memandu, kad pelajar, kad vaksin dan juga pas penerbangan. Ia juga boleh menjadi kunci kenderaan digital, atau kunci bilik hotel. Bagaimanapun, fungsi yang tersedia kelak berbeza mengikut negara, tertakluk kepada kesediaan dan undang-undang setempat.



Walaupun Samsung Pay merupakan fungsi pembayaran tanpa tunai di telefon pertama dilancar di Malaysia iaitu Februari 2017, mendahului Apple Pay dan Google Pay yang baru sahaja boleh digunakan tahun lepas, Samsung Wallet yang lebih canggih agak ketinggalan kerana Apple Wallet dan Google Wallet telah hadir lebih awal bersama-sama sistem pembayaran mereka.

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Google Pay kini di Malaysia, sertai Apple Pay dan Samsung Pay dalam arena pembayaran tanpa sentuh guna telefon
  • Ini senarai kad bank yang disokong Apple Pay, Google Pay, dan Samsung Pay
  • Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya
Tags: samsungsamsung paySamsung Wallet
Najib

Najib

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Samsung Wallet, gabungkan Pay dan Pass dalam 1 aplikasi akan boleh diguna di  Malaysia

Samsung Wallet, gabungkan Pay dan Pass dalam 1 aplikasi akan boleh diguna di Malaysia

20 Januari 2023
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER