• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Daripada 6 telco, ini 2 pas roaming prabayar terbaik untuk umrah 2023 anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:34 pm
  • 25/01/2023
  • Komen
Daripada 6 telco, ini 2 pas roaming prabayar terbaik untuk umrah 2023 anda
Share on FacebookShare on Twitter

Bersiap sedia nak kerjakan umrah tahun ini? Salah satu cabaran yang anda bakal hadapi adalah untuk kekal berhubung. Selain beli kad SIM tempatan, anda juga boleh pertimbangkan pas perayauan. Daripada 6 telco, ini 2 pas roaming prabayar terbaik untuk umrah 2023 anda.

Digi melalui promo perayauan terbaharu mereka nampak seperti yang paling berbaloi berbanding penawaran sekurang-kurangnya 6 telco yang telah saya telaah produk mereka. Awal-awal lagi kita boleh pangkah Yes 5G kerana mereka langsung tidak ada perkhidmatan di Arab Saudi.



Kalau anda akan berangkat ke tanah suci tak lama lagi, Digi 30-day pass adalah saranan saya dan ia adalah yang terbaik. Harganya adalah RM95 untuk tempoh sah 30 hari dengan kuota Internet sebanyak 30GB.

Sumber

Pada spesifikasi tersebut, saya boleh jamin yang ia cukup untuk sepanjang tempoh keberadaan anda di Arab Saudi (penggunaan kasual) dan lebih baik, anda boleh kongsi dengan orang lain melalui fungsi hotspot dan ia turut didatangkan dengan kuota panggilan suara sebanyak 30 minit.



Dua lagi pas yang Digi tawarkan dirasakan saya mahal iaitu RM50/7 hari/2GB dan saut lagi RM75/7 hari/4GB.

Celcom juga ada penawaran yang agak menarik dan saya letakkannya di tempat kedua.

Sumber

Pas yang dimaksudkan adalah Celcom 30-day Unlimited Internet pass. Spesifikasinya adalah seperti berikut:

  • Harga langganan RM98
  • Tempoh sah 30 hari
  • Kuota tanpa had
  • FUP 2GB/hari dan kelajuan turun kepada 1Mbps sekiranya terlebih

Kekurangan utama perayauan Celcom ini adalah FUP yang dikenakan. Mungkin untuk kegunaan kasual, 2GB cukup. Tapi, kalau anda merancang untuk berkongsi dengan orang lain, 2GB adalah tidak cukup kecualilah anda cuma gunakan perayauan secara ekslusif untuk aplikasi permesejan.

Sumber

Bagaimana penawaran telco lain?

Berdasarkan harga yang dipaparkan di laman rasmi, saya rasakan lebih berbaloi anda dapatkan sim kad prabayar sementara untuk langgan dua pas di atas.

TuneTalk Cuma ada 1 penawaran untuk Arab Saudi iaitu RM33/hari/500Mb.

Penawaran TuneTalk (sumber)

Kemudian, U Mobila dan Unifi Mobile ada penawaran pas tanpa had tapi cuma sah selama sehari pada harga masing-masing RM36 dan RM38 dengan FUP 500MB sahaja.

Penawaran Unifi Mobile (sumber)
Penawaran U Mobile (sumber)

Hotlink pada saya adalah yang termahal pada harga serendah RM38/hari/500MB sehingalah RM50/7 hari/5GB.

Penawaran Hotlink (sumber)

Penawaran Yoodo mungkin boleh dipertimbangkan. Ciri Roam Like Home mereka membolehkan anda bawa kuota data tempatan anda untuk digunakan di Arab Saudi pada pas harga serendah RM10/hari hinggalah RM120/15 hari.

Sumber

Namun, buat pelanggan pelan tanpa had 3Mbps dan 6Mbps, anda tiada kuota tanpa had di luar sebaliknya cuma diberikan kuota perayauan 2GB. Anda perlu beli pas Roam Like Home dan sekiranya kuota habis, anda perlu beli pas booster pula.

Tags: Roamingtelcoumrahumrah 2023
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Daripada 6 telco, ini 2 pas roaming prabayar terbaik untuk umrah 2023 anda

Daripada 6 telco, ini 2 pas roaming prabayar terbaik untuk umrah 2023 anda

25 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER