• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:19 am
  • 26/01/2023
  • Komen
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini
Share on FacebookShare on Twitter

Dilaporkan yang pasaran MacBook terpakai kini dibanjiri unit yang tidak boleh dijual sebagai produk refurbished sebaliknya hanya boleh direlaikan dan dijual dalam bentuk komponen kecil. Semuanya disebabkan cip keselamatan Apple yang asalnya ingin membanteras kecurian tapi turut memberi kesan kepada orang lain. Mungkin Apple tidak kisah akan hal ini kerana ia bukanlah melibatkan pihak mereka.

Isunya tertumpu pada satu cip yang terpateri di atas papan utama MacBook terutamanya yang diperkasa cip M1 dan lebih baharu. Cip tersebut dikenali sebagai T2.



Mengikut logik akal, bila pengguna lakukan factory reset, bolehlah kita anggap yang komputer itu sedia untuk dipindah milik kepada pengguna baharu. Tapi di Apple, mereka perlu jadikannya lebih rumit. Factory reset sahaja tidak membuang akaun pemilik asal MacBook sebaliknya maklumat itu disimpan di dalam cip T2 dan ia akan dibandingkan dengan info didalam rangkaian Find My.

Masalah timbul apabila pemilik asal tidak membuang MacBook tersebut daripada akaun Find My mereka dan pemilik baharu ingin melakukan pengaktifan. Maka, pemilik baharu akan dihidangkan dengan mesej ralat.



Jadilah pula satu hal pemilik baharu perlu hubungi pemilik lama. Masalah jadi rumit apabila MacBook itu kepunyaan sesuatu organisasi dengan staf yang ramai masuk keluar saban hari.

Isu ini tidak timbul di iPhone kerana apabila ingin melakukan factory reset, menyahaktif Find My adalah salah satu prosedur yang perlu dilalui.

Sumber: Vice

Tags: apple
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 January 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER