• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tabung Haji digesa bertanggungjawab isu scam deposit pelanggan, pampasan perlu diurus bank

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:52 pm
  • 26/01/2023
  • Komen
Tabung Haji digesa bertanggungjawab isu scam deposit pelanggan, pampasan perlu diurus bank
Share on FacebookShare on Twitter

Anda ada simpan wang di Tabung Haji (TH)? Tahu tak, gara-gara scam, Lembaga Tabung Haji telah alami kerugian sebanyak RM1.961 juta! Tapi jangan risau sebab Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, TH harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kehilangan wang pendeposit yang berpunca daripada scam.

Malah, pihak bank yang menjadi perantara dalam urusan TH juga dicadangkan untuk bertanggungjawab. Hal ini berikutan hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan TH telah memutuskan bahawa, kehilangan wang semasa proses pengeluaran (debit) dalam akaun TH adalah tertakluk kepada faktor kesiagaan bank berkenaan. Pampasan kepada mangsa perlu diurus melalui polisi insuran perbankan itu sendiri. Perkara ini jadi tanggungjawab utama bank, supaya pendeposit tak hilang keyakinan kepada mereka.



Selain itu, turut dicadangkan supaya pihak TH bagi peluang kepada pendeposit untuk buat pilihan sama ada urusan simpanan dan pengeluaran dibuat secara manual atau secara dalam talian. Mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang yakin dengan keselamatan transaksi manual. Maka, cadangan ini wajar dilaksanakan untuk pengguna.

Langkah waspada helah scammer

Sebagai pengguna TH, berikut merupakan perkara yang dicadangkan untuk anda buat bagi mengelak dari menjadi mangsa scammer.



  1. TH menyarankan anda untuk menghadkan jumlah pindahan harian melalui perbankan Internet bank-bank rakan strategik TH
  2. Buat semakan penyata akaun secara berkala melalui aplikasi Thijari sama ada di App Store atau Play Store
  3. Sentiasa pastikan maklumat peribadi dan kata laluan platform perbankan internet tidak dikongsi dengan orang lain

Anda sangat digalakkan untuk memuat turun aplikasi Thijari sebab ia dilengkapi pelbagai ciri dan lapisan keselamatan. Akses masuk pada aplikasi ini menggunakan gambar keselamatan, maka orang lain tidak mudah untuk melepasinya. Kemudian, hanya satu sesi log masuk sahaja dibenarkan bagi setiap akses Thijari. Sekiranya terdapat akses kedua di peranti lain, sesi semasa akan diberhentikan. Selain itu, maklumat sulit akaun tidak akan disimpan pada telefon bimbit.

Namun, jika anda rasa masih menjadi mangsa scammer, hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) segera di 997 untuk buat laporan. Mangsa yang menghubungi NSRC dalam tempoh 24 jam, berkemungkinan akan mendapat semula wang yang telah ditipu scammer. 

Sumber

[Sumber: Sinar Harian, Tabung Haji]

[Sumber gambar: The Star]

Tags: SCAMtabung haji
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tabung Haji digesa bertanggungjawab isu scam deposit pelanggan, pampasan perlu diurus bank

Tabung Haji digesa bertanggungjawab isu scam deposit pelanggan, pampasan perlu diurus bank

26 January 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN