• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Saintis demonstrasikan robot mencair untuk keluar penjara ala Terminator

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:22 am
  • 27/01/2023
  • Komen
Saintis demonstrasikan robot mencair untuk keluar penjara ala Terminator
Share on FacebookShare on Twitter

Sekumpulan penyelidik telah mempamerkan bukti konsep tentang bahan magnetoaktif berfasa cecair-pepejal (MTPM). Secara ringkasnya, bahan yang mereka bangunkan ini boleh bertukar menjadi pepejal dan cecair dengan cara mengaruh suhu menggunakan medan magnet.

Satu demonstrasi yang ditunjukkan mereka adalah sebuah objek berbentuk robot seperti minifigura Lego disebalik tirai besi. Ia berjaya keluar daripada “penjara” dengan cara mencairkan diri dan kembali kepada bentuk asal setelah keluar.



Ini sudah tentu merujuk kepada salah satu adegan dalam cerita Terminator.

Bahan MTPM dihasilkan hasil komposit antara NdFeB (Neodymium + Ferum + Boron) dengan Galium tulen.



Ada beberapa potensi kegunaan teknologi ini telah dikenal pasti dan tiga telahpun digariskan.

Pertama, dalam lapangan baik pulih papan litar elektronik. Sekiranya sesuatu komponen elektronik di atas papan litar perlu diganti dan tiada ruang yang cukup untuk peralatan pateri untuk beroperasi, MPTM boleh dihantar untuk mengangkut komponen tersebut dalam keadaan cecairnya dan apabila tiba di lokasi, ia boleh terus mengeras lantas menjadi pemegang kepada komponen tersebut tanpa perlu alat pateri.

Kemudian, ia juga dilhat boleh menjadi komponen pengancing dua materi bagi menggantikan skru. Daripada demonstrasi, MPTM yang berdiameter lebih kurang 20mm dengan panjang lebih kurang 10mm mampu menampung berat sekurang-kurangnya 10kg.

Potensi yang ketiga adalah dalam bidang perubatan. Ia boleh digunakan sebagai vektor pembawa ubat dalam dengan cara ia membaluti ubat dan apabila tiba di dalam perut, ia berubah ke dalam bentuk cecair untuk melepaskan beban yang dibawa tadi. Satu lagi kegunaan adalah membuang bendasing di dalam perut dengan cara ia membaluti objek asing tersebut dan bertukar menjadi pepejal sebelum diarahkan keluar daripada badan pesakit.

Sumber: Cell

Tags: robot
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Saintis demonstrasikan robot mencair untuk keluar penjara ala Terminator

Saintis demonstrasikan robot mencair untuk keluar penjara ala Terminator

27 Januari 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER