• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple didik pengguna tentang cara data peribadi disalahguna dan langkah menghalangnya

  • OLEH Najib
  • 11:29 pm
  • 28/01/2023
  • Komen
Apple didik pengguna tentang cara data peribadi disalahguna dan langkah menghalangnya
Share on FacebookShare on Twitter

28 Januari disambut sebagai Hari Data Peribadi sedunia. Ia diumumkan sejak 2003 untuk memberi peringatan dan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan melindungi data peribadi.

Apple turut meraikan hari ini dengan melancarkan beberapa set kandungan pendidikan untuk membantu pengguna mengawal data peribadi mereka. Sehubungan itu, Apple bekerjasama dengan pelakon Ted Lasso di Apple TV+, Nick Mohammed di dalam video “A Day in the Life of an Average Person’s Data” (Kehidupan seharian data pengguna biasa).



https://youtu.be/1HWUjMjaBJI

Menurut Apple, mereka merupakan peneraju buat sekian lama dalam perlindungan data peribadi. Telah banyak inovasi dan ciptaan Apple yang menyediakan pengguna lebih maklumat tentang bagaimana data mereka digunakan, serta perkakas yang berkaitan untuk melindungi data tersebut. Apple juga percaya bahawa data peribadi adalah hak asasi manusia dan telah menghasilkan fungsi seperti ‘App Tracking Transparency’ dan ‘Privacy Nutrition Labels’ supaya pengguna memiliki lebih kawalan terhadap data mereka.

Khas di Apple Store di seluruh dunia (masih tidak terdapat di Malaysia), Apple menyediakan sesi khas untuk mengajar pengguna tentang cara-cara menggunakan fungsi perlindungan data peribadi di peranti Apple, seperti Mail Privacy Protection, Safety Check, Location Services, dan Passkeys.



Apple turut berbangga dengan perlindungan data peribadi kerana ia dibina ke dalam peranti Apple dari permulaan. Contohnya, Safari tidak membenarkan penjejak, aplikasi Health tidak membenarkan data pengguna dilihat sesiapa termasuk Apple, dan Siri mempelajari keperluan pengguna bukannya siapa mereka.

Kerana itu, Apple percaya semua pengguna mesti memahami dengan jelas ke mana data mereka digunakan, bila ia boleh dikongsi dan dengan siapa ia dikongsikan. Untuk itu, video “A Day in the Life of an Average Person’s Data” memberi gambaran ringkas bagaimana data pengguna boleh disalahgunakan mereka yang berniat jahat dan cara Apple menghalangnya.

[Sumber: Apple]

Tags: appleHari Data Peribadi
Najib

Najib

POPULAR

Apple didik pengguna tentang cara data peribadi disalahguna dan langkah menghalangnya

Apple didik pengguna tentang cara data peribadi disalahguna dan langkah menghalangnya

28 January 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN