• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi Bondee salah guna maklumat kad kredit pengguna?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:51 am
  • 30/01/2023
  • Komen
Aplikasi Bondee salah guna maklumat kad kredit pengguna?
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi Bondee menjadi popular sejak kebelakangan ini. Masing-masing tayangkan avatar dan rekaan ruangan yang kreatif di paltform itu menerusi media sosial. Jadi apa Bondee ini sebenarnya?

Bondee merupakan aplikasi sosial yang berpangkalan di Singapura dan ia baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini. Melaluinya, pengguna boleh cipta avatar 3D sendiri dan berinteraksi dengan sehingga 50 rakan dalam tetapan metaverse. Selain bermesej, Bondee juga benarkan anda menghias bilik maya sendiri serta melawat bilik kenalan dan lakukan aktiviti dengan mereka seperti meninggalkan nota pada dinding bilik.



Aplikasi ini memerlukan pengguna untuk masukkan nama, kata laluan, nombor telefon dan tarikh lahir, tapi mereka tidak minta sebarang butiran kewangan. Ia boleh dimuat turun secara percuma, tapi baru-baru ini ada dakwaan timbul mengatakan Bondee telah menyalahgunakan maklumat kad kredit pengguna.

Perkara ini muncul di media sosial selepas pengguna menyiarkan tangkapan skrin pemindahan bank tanpa kebenaran. Dia mendakwa perkara ini berlaku selepas mereka memasang aplikasi Bondee. Masalahnya, penyata bank itu tidak menunjukkan sebarang pautan ke Metadream atau Bondee.



Menjawab dakwaan mengenai penggunaan butiran kad kredit pengguna, syarikat induk Bondee, Metadream dalam satu kenyataan berkata dakwaan itu palsu dan syarikat itu tidak mengumpul maklumat kad kredit. Metadream akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu tentang perkhidmatannya.

Pegawai keselamatan siber dari firma keselamatan siber Palo Alto Networks bernama Ian Lim berkata, tidak mungkin sesebuah aplikasi mendapat akses kepada akaun bank pengguna jika ia hanya dapat akses pada fail kamera dan media. Namun dalam kes khusus ini, akaun bank boleh terdedah jika pengguna mempunyai maklumat kewangan yang disimpan dalam imej pada album.

Saya sudah guna Bondee hampir seminggu dan setakat ini tiada isu berkaitan bayaran timbul. Jika mereka mahu kenakan bayaran, sudah pasti akan ada notifikasi diberikan. Oleh itu, anda tak perlu bimbang dengan isu salah guna maklumat kad kredit ini, sebab ianya tidak betul.

Namun, anda masih perlu sentiasa berjaga-jaga untuk elak daripada di tipu di dalam talian. Pastikan anda muat turun aplikasi dari stor rasmi seperti Play Store dan App Store. Jangan kongsi mombor kad bank, kata laluan dan maklumat peribadi lain dengan orang yang tidak dikenali. Ingat juga untuk sentiasa berwaspada dengan e-mel, SMS dan panggilan palsu.

[Sumber: The Star, NST]

Tags: bondee
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Aplikasi Bondee salah guna maklumat kad kredit pengguna?

Aplikasi Bondee salah guna maklumat kad kredit pengguna?

30 January 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN