• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Landasan bengkok, waktu operasi LRT Ampang / Sri Petaling & Monorel diubah, ini info terbaharu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:49 am
  • 30/01/2023
  • Komen
Landasan bengkok, waktu operasi LRT Ampang / Sri Petaling & Monorel diubah, ini info terbaharu
Share on FacebookShare on Twitter

Rentetan daripada isu tren bengkok pada laluan LRT Ampang / Sri Petaling yang kami laporkan tempoh hari, RapidKL telah mengumumkan penyelarasan pada operasi perkhidmatan mereka bagi meminimumkan impak isu itu terhadap perjalanan warga kota yang menggunakan perkhidmatan mereka.

LRT Laluan Ampang tergendala akibat landasan bengkok, tren berpatah balik di Plaza Rakyat dan Bandaraya



Ada dua penyelesaian segera yang telah mereka terapkan iaitu perubahan pada kekerapan operasi tren laluan yang terlibat dan juga penyediaan bas perantara percuma bagi membawa penumpang merentasi stesen.

Perubahan jadual kekerapan & waktu puncak

Berikut adalah jadual kekerapan baharu bagi tren laluan Ampang / Sri Petaling dan Monorel KL.



Sumber

Jenis kekerapan tren dibahagikan kepada waktu puncak dan waktu luar puncak. Didapati yang tempoh waktu puncak telah dipanjangkan oleh RapidKL bagi membolehkan warga kota menikmati kekerapan servis yang lebih tinggi.

Waktu puncak baharu adalah antara 06:30 pagi hingga 10:30 pagi dan 04:30 pagi hingga 08:30 malam.

Kemudian kepada kawasan pusat bandar (CBD) dan di luar kawasan pusat bandar (non-CBD). Kawasan pusat bandar ditetapkan antara LRT Chan Sow Lin sehingga LRT Sentul Timur manakala selain daripada itu dianggap kawasan luar pusat bandar.

Akhir sekali adalah mengikut hari iaitu Isnin hingga Jumaat dan Sabtu, Ahad & Cuti Umum. Pada hari Isnin hingga Jumaat, kekerapan tren LRT dalam waktu puncak di CBD ditetapkan pada 5 minit manakala 10 minit di non-CBD.

Bilangan bas perantara percuma ditambah

RapidKL juga mengumumkan pertambahan bas perantara yang akan membawa penumpang ke stesen-stesen terpilih. Setakat 30 Januari 2023, sebanayk 34 bas akan beroperasi di antara 4 stesen.

Berikut adalah rajah lokasi menunggu sekiranya anda perlu menggunakannya.

Sumber
Tags: LRT Ampanglrt sri petalingPrasaranaRapidKL
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Landasan bengkok, waktu operasi LRT Ampang / Sri Petaling & Monorel diubah, ini info terbaharu

Landasan bengkok, waktu operasi LRT Ampang / Sri Petaling & Monorel diubah, ini info terbaharu

30 January 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN