• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:33 pm
  • 30/01/2023
  • Komen
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Wallet diumumkan akan mula ditawarkan di Malaysia penghujung Januari 2023 dan berdasarkan kenyataan media bertarikh 30 Januari 2023, ia sudahpun ada di Malaysia. Negara kita adalah salah satu daripada 8 pasaran yang akan menikmati manfaat Samsung Wallet dengan baki 7 negara lain adalah Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, India, Singapura, dan Taiwan.

Samsung Wallet, gabungkan Pay dan Pass dalam 1 aplikasi akan boleh diguna di Malaysia



8 pasaran ini akan menyertai 21 negara lain sebagai lokasi yang Samsung Wallet sudapun beroperasi seperti Bahrain, China, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Itali, Kazakhstan, Korea Selatan, Kuwait, Norway, Oman, Qatar, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Vietnam, UAE, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

Buat pengetahuan anda, Samsung Wallet adalah aplikasi baharu yang mengintegrasikan Samsung Pay dan Samsung Pass dalam satu solusi. Menggunakan Samsung Wallet pengguna boleh menggunakannya untuk pembayaran dan daftar masuk identiti digital dengan pantas dan selamat di telefon pintar.



Samsung Wallet dilengkapi ciri keselamatan tinggi Samsung Knox untuk melindungi data pengguna.

Antara kegunaan Samsung Wallet kelak adalah pembayaran tanpa tunai dan kad di telefon pintar, menyimpan kad ganjaran dan kad keahlian secara digital, serta kad identiti seperti lesen memandu, kad pelajar, kad vaksin dan juga pas penerbangan. Ia juga boleh menjadi kunci kenderaan digital, atau kunci bilik hotel. Bagaimanapun, fungsi yang tersedia kelak berbeza mengikut negara, tertakluk kepada kesediaan dan undang-undang setempat.

Daripada tinjauan kami, masin belum ada kelibat kemas kini Samsung Pay ataupun aplikasi baharu Samsung Wallet di Play Store ataupun Galaxy Store. Tentu sekali ia diedarkan secara berfasa. Cuba periksa telefon Galaxy anda sama ada terdapat sebarang kemas kini Samsung Wallet terbaharu ataupun tidak.

Sumber: Samsung

Tags: digital walletedompeteWalletfinteksamsungSamsung Wallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 January 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN