[ PROMO ] Nikmati tambahan rebat RM200 ke atas harga telefon siri Samsung Galaxy S23 apabila anda beli menggunakan kod promosi SYGS23R eksklusif untuk pembaca SoyaCincau BM di kedai dalam talian Samsung Malaysia. Tawaran sah sementara stok masih ada.
==========
Berlabuhnya tirai pelancaran Galaxy Unpacked, perkara paling penting untuk diketahui adalah bilakah ia akan dijual dan berapa pula harganya. Lebih baik lagi, kalau ada promosi menarik untuk pembeli terawal.
Jika ini niat anda, maka anda pasti akan berasa gembira dengan tawaran Samsung Malaysia. Banyak ganjaran diberikan untuk pembeli dalam tempoh tempahan awal di Malaysia. Tetapi lebih baik anda semak dahulu harga rasminya dahulu.
Harga rasmi Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra
Kali ini, Samsung menawarkan storan 128GB hanya untuk model asas Galaxy S23. Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra datang dalam varian 256GB dan 512GB. Tetapi Galaxy S23 Ultra ada satu lagi jenis storan iaitu 1TB. Berikut adalah harga jualan rasmi siri Galaxy S23 di Malaysia:
- Galaxy S23 128GB – RM3,899
- Galaxy S23 256GB – RM4,199
- Galaxy S23+ 256GB – RM4,699
- Galaxy S23+ 512GB – RM5,199
- Galaxy S23 Ultra 256GB – RM5,699
- Galaxy S23 Ultra 512GB – RM6,199
- Galaxy S23 Ultra 1TB – RM7,199
Jika dibandingkan dengan siri Galaxy S22 semasa dilancarkan, harga untuk semua model Galaxy S23 meningkat agak banyak. Bagi Galaxy S23, ia naik RM400 (128GB) dan RM500 (256GB). Galaxy S23+ pun sama, naik RM400 (256GB). Untuk Galaxy S23 Ultra, ia meningkat RM200 (256GB) dan RM300 (512GB).
Mungkin ini kesan sampingan kenaikan USD berbanding Ringgit Malaysia setahun yang lalu. Tetapi kita berharap trend USD menurun sebulan dua ini akan berterusan dan menjadikan harga telefon baru akan datang lebih murah.
Tempah awal dan terima storan berganda, hadiah percuma dan rebat
Samsung Malaysia belum menyatakan bilakah tarikh mula jualan siri Galaxy S23. Tetapi mereka telah mengumumkan tarikh untuk tempahan awal. Malah, hadiah yang ditawarkan juga turut diberitahu.
Tempahan awal siri Galaxy S23 akan dibuka di Malaysia dari hari ini, 2 Februari sehingga 23 Februari 2022. Ia boleh dibuat secara atas talian atau di kedai fizikal yang terlibat. Tetapi hadiah yang disediakan berbeza.
Untuk tempahan di kedai fizikal, pembeli akan terima naik taraf storan 2x secara percuma, aksesori percuma bernilai RM458 (Silicone Grip Cover + Super Fast Wireless Charger Duo), diskaun sehingga 30% membeli produk tambahan terpilih, dan penjimatan sehingga RM600 tukar tebus produk lama (tidak kira keadaan, rosak atau retak).
Jadi, tempah awal untuk 128GB dapat 256GB. Tempah 256GB pula, dapat 512GB. Tempah 1TB, memang tak dapat apa dan tak termasuk dalam promosi. Diskaun ni pun maksima RM500 sahaja. Berikut adalah harga tempahan awal dengan promosi storan berganda:
- Galaxy S23 256GB –
RM4,199RM3,899
- Galaxy S23+ 512GB –
RM5,199RM4,699
- Galaxy S23 Ultra 512GB –
RM6,199RM5,699 - Galaxy S23 Ultra 1TB –
RM7,199RM6,699
Bagi atas talian, ia terdapat di Stor Online Rasmi Samsung Malaysia. Tawaran yang disedikan agak serupa iaitu naik taraf storan 2x percuma, diskaun sehingga 30% beli produk tambahan terpilih, dan penjimatan tukar tebus produk lama. Apa yang berbeza adalah tiada aksesori percuma bernilai RM458, tetapi ditukar kepada e-baucar bernilai RM400 untuk membeli sendiri produk terpilih Samsung di Stor Online tersebut.
Tetapi lebih baik lagi, jika anda gunakan kod promosi khas SoyaCincau BM. Ia hanya boleh digunakan untuk tempahan awal di Stor Online Rasmi Samsung Malaysia, tetapi stok terhad. Diskaun tambahan RM200 diberikan jika anda masukkan kod promosi SYGS23R semasa check-out, di samping semua ganjaran yang disebut di atas. Lagi baguskan tempah di Stor Online Samsung Malaysia.
Untuk mengenali telefon Samsung yang baru dilancarkan ini, rujuk artikel pengumuman kami tentang Galaxy S23 Ultra di sini, dan Galaxy S23/S23+ di sini.