• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco X5 Pro & Poco X5 Mahu Jadi Raja Peranti 5G Bawah RM1000

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:03 pm
  • 02/02/2023
  • Komen
Poco X5 Pro & Poco X5 Mahu Jadi Raja Peranti 5G Bawah RM1000
Share on FacebookShare on Twitter

Poco telah mengumumkan ia akan melancarkan dua peranti pintar baharu siri X5 yang dilengkapi sokongan rangkaian 5G terbina. Menurut hantaran di Facebook Poco Malaysia, model Poco X5 Pro 5G dan Poco X5 5G akan dilancarkan dalam pasaran global pada 6 Februari 2023 secara langsung melalui beberapa platform rasmi media sosial Poco seperti YouTube, Facebook dan Twitter.

Antara perkara yang diketengahkan oleh Poco pada siri X5 ini adalah fitur Flow AMOLED pada kedua-dua model Poco X5 Pro 5G dan Poco X5 5G. Menurut gambar tersebut juga, reka bentuk tepi badan model terbaru ini tampak rata seperti model-model iPhone yang terkini.



Menjelang pelancaran, telah banyak ura-ura butiran spesifikasi dan reka bentuk untuk peranti ini. Spesifikasi Poco X5 Pro 5G akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 778G 5G serta kamera utama 108MP. Untuk paparan, ia didatangkan dengan paparan kadar segar semula 120hz AMOLED, seperti yang telah disahkan menerusi hantaran media sosial Poco India. Namun bagi pasaran global, masih tiada kepastian sama ada spesifikasi yang digunakan akan sama seperti pasaran India.

Untuk Poco X5 5G pula, tiada kepastian tentang spesifikasinya. Sumber dari GSMArena mengatakan ia dilengkapi dengan cip Snapdragon 695 5G iaitu cip yang sama digunakan pada model Pro siri X4 sebelumya, dengan bahagian kamera utama dikatakan 48MP. Manakala untuk paparan, ia akan hadir sama seperti model Pro iaitu paparan kadar segar semula 120hz AMOLED.



Poco X4 5G dilancarkan pada harga RM1,499, jadi Poco X5 5G dianggarkan akan dilancar pada harga bawah RM1000.

Bagi mendapat kepastian tentang kesahihan khabar angin yang melanda untuk model terbaharu dari Poco, jangan lupa saksikan pelancaran Poco X5 Pro 5G dan Poco X5 5G di laman sosial rasmi Poco pada 6 Februari ini jam 8 malam waktu Malaysia.

Tags: Pocopoco x5poco x5 pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Poco X5 Pro & Poco X5 Mahu Jadi Raja Peranti 5G Bawah RM1000

Poco X5 Pro & Poco X5 Mahu Jadi Raja Peranti 5G Bawah RM1000

2 Februari 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER