• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apex Legends Mobile tutup kedai, kurang setahun daripada dilancarkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:03 am
  • 03/02/2023
  • Komen
Apex Legends Mobile tutup kedai, kurang setahun daripada dilancarkan
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts (EA) telah mengumumkan yang mereka menghentikan operasi Apex Legends Mobile. Permainan mudah alih ini tak sampai setahun pun di dalam platform Android dan iOS.

We have made the decision to sunset Apex Legends Mobile.

We're sure you have a lot of questions. For more information on where things are at currently, including an FAQ, please read the blog below.https://t.co/Yjr4EOJnTq pic.twitter.com/4k3dGzOL12

— Respawn (@Respawn) January 31, 2023

Antara faktor yang dipetik pihak Respawn selaku pembangun utama permainan adalah mereka tidak mampu untuk memenuhi aspek kualiti, kuantiti, serta frekuensi kandungan baharu yang perlu diterbitkan bagi mengekalkan penglibatan pemain pada tahap tertinggi. Respawn bekerjasama dengan Tencent dan Lightspeed dalam penghasilan versi mudah alih untuk Apex Legends.



Walau bagaimanapun, Apex Legends Mobile masih boleh dimainkan sehingga 2 Mei 2023 jam 8 malam waktu Malaysia sebelum pelayan dimatikan. Menjelang tarikh tersebut, EA sudahpun menurunkan Apex Legends Mobile daripada AppStore dan Play Store yang menandakan tiada lagi muat turun baharu boleh dilakukan.

Ujian beta Apex Legends Mobile dimulakan untuk Malaysia



Pihak penerbit juga menghentikan fungsi pembelian dalam aplikasi menggunakan wang sebenar sebagai langkah tambahan.

Mungkin Apex Legends Mobile tidak mampu menyaingi kepopularan permainan seperti Fortnite yang menyediakan fungsi bermain merentasi platform. Maksdunya anda boleh bermain di Android bersama-sama rakan anda di PC, Mac, dan iOS tanpa masalah.

Dua lagi permainan battle royale yang sangat popular masa ini adalah PUBG Mobile dan juga Garena Free Fire yang masing-masing mempunyai pemain yang ramai di rantau Asia Tenggara.

Tags: apex legendsapex legends mobilee-sukanpermainan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Apex Legends Mobile tutup kedai, kurang setahun daripada dilancarkan

Apex Legends Mobile tutup kedai, kurang setahun daripada dilancarkan

3 Februari 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER