• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DNB maklumkan hanya 38% liputan 5G boleh guna di kawasan populasi selepas ditegur tidak mengesahkannya dahulu

  • OLEH Najib
  • 12:05 pm
  • 03/02/2023
  • Komen
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan awal tahun ini bahawa mereka telah berjaya mencapai hampir 50% liputan di kawasan populasi, dengan 3,900 tapak telah dibangunkan sehingga 31 Disember 2022. Tetapi kenyataan tersebut disanggah oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil yang mengatakan bahawa DNB mesti mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kami dimaklumkan, daripada 3,900 tapak 5G dibangunkan sehingga akhir tahun lepas, hanya 2,800 tapak telah beroperasi sepenuhnya (on-air).

Kerana itu, kami telah menghubungi DNB dan mereka memaklumkan bahawa sebanyak 4,000 tapak telah dibangunkan sehingga kini dirujuk sebagai tapak “bersepadu” iaitu dibangunkan mengikut keperluan teknikal oleh SKMM, meliputi hampir 50% liputan di kawasan berpopulasi (COPA) di seluruh negara. Bagaimanapun, tapak 5G yang beroperasi sepenuhnya (on-air) hanyalah kira-kira 38% daripada COPA.



Liputan 5G DNB sehingga 31 Disember 2022

DNB juga menyatakan kepada kami, “DNB dikehendaki menghantar tapak bersepadu dan menyediakannya untuk “beroperasi sepenuhnya” (apa yang anda rujuk sebagai tapak “on-air” dalam pertanyaan anda), yang masanya bergantung kepada MNO. MNO mengetahui semua tapak yang telah tersedia dan boleh untuk berhubung dengan rangkaian masing-masing. Kemudian terpulang kepada MNO untuk menentukan tapak dan bila mereka berhasrat untuk menggunakannya. Setelah tapak mula beroperasi, ia kemudiannya menjadi tersedia kepada pengguna akhir untuk semua MNO yang telah melaksanakan Perjanjian Akses dengan DNB.”

DNB menambah lagi, mereka telah dapat melihat peningkatan mendadak tapak yang beroperasi, kira-kira ratusan tapak setiap minggu, dan perbezaan antara tapak bersepadu dan on-air semakin mengecil kerana semakin banyak rangkaian mula digunakan oleh pelanggan syarikat telekomunikasi (telco). Dari segi penggunaan, DNB melihat peningkatan 23% untuk penggunaan 5G sejak 1 Januari, daripada 354TB kepada 426TB sehari, dengan puncak sebanyak 121,000 pengguna serentak pada 31 Januari 2023. Buat masa ini, DNB menyatakan rangkaian mereka memiliki purata kelajuan muat turun 351Mbps berbanding purata kelajuan muat turun 4G hanya 35Mbps.



Pembangunan 5G setakat 30 September 2022. Sumber: Laporan JENDELA Q3 2022

Dalam kemaskini suku tahun JENDELA yang terakhir, SKMM melaporkan DNB memiliki 1,915 tapak sehingga 30 September 2022. Dari jumlah ini, 1,070 tapak telah beroperasi dengan liputan 5G sebanyak 33.2%.

DNB mensasarkan untuk mencapai 80% liputan 5G di COPA pada akhir tahun 2024 dengan sejumlah 7,509 tapak. Menurut pelan asal, DNB perlu membangunkan 4,018 tapak untuk mencapai 40% liputan 5G di COPA pada akhir tahun 2022.

Garis masa pembangunan asal 5G oleh DNB

Sementara pelan pembangunan 5G dikaji semula oleh kerajaan baru, Fahmi Fadzil menjamin bahawa DNB boleh meneruskan kerja-kerja pembangunan seperti yang dirancang. Bagaimanapun, mereka tidak boleh menandatangani sebarang kontrak. Baru-baru ini, DNB dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan penyedia perkakas rangkaian 5G kedua untuk membangunkan 5G di samping Ercisson. Langkah ini dikatakan berpotensi untuk mengurangkan kos, mempercepatkan pembangunan 5G dan memberi alternatif kepada sebarang risiko jika bergantung kepada satu vendor.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • DNB langkaui sasaran 2022 dengan liputan 5G hampir 50% di seluruh negara
  • Fahmi mahu DNB jangan umum liputan 5G sebelum disahkan SKMM
  • Fahmi jangka keputusan kajian semula 5G akan diumum suku pertama tahun ini
  • DNB mungkin guna Huawei, ZTE atau Nokia sebagai vendor 5G kedua
Tags: 5g5g malaysiaDNBSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

DNB maklumkan hanya 38% liputan 5G boleh guna di kawasan populasi selepas ditegur tidak mengesahkannya dahulu

3 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER