• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix lancar audio spatial untuk pelanggan Premium, tiada kelengkapan tambahan diperlukan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:19 am
  • 03/02/2023
  • Komen
Netflix lancar audio spatial untuk pelanggan Premium, tiada kelengkapan tambahan diperlukan
Share on FacebookShare on Twitter

Perhatian buat pelanggan Netflix pelan Premium kerana ada fungsi baharu telah diperkenalkan oleh pengendali platform khas untuk anda. Menerusi satu utusan blog, Netflix menguarkan yang mereka telah mengaktifkan audio spatial sebagai salah satu kelebihan pelan Premium.

Jadi, anda kini boleh menonton kandungan video kegemaran bukan sahaja dalam kualiti imej 4K HDR, malahan audio sinematik keliling yang lebih mendalam. Lebih daripada 700 kandungan menyokong audio spatial antaranya adalah Stranger Things, The Watcher, Wednesday, dan Knives Out: Glass Onion.



Yang menariknya, anda tak perlukan sebarang kelengkapan tambahan untuk menikmati teknologi audio spatial Netflix ini. Tak percaya? Cuba tonton demonstrasi video di bawah.

Walau bagaimanapun, anda masih perlukan speaker yang baik. Contohnya, speaker di telefon pintar, laptop, ataupun yang terbina di dalam set TV anda pastinya tidak punyai cukup julat dinamik untuk memanfaatkan sepenuhnya audio spatial.



Buat anda yang berada di Malaysia, pelan Premium Netflix boleh dilanggan pada harga RM55/bulan. Selain audio spatial, antara manfaat lain yang oleh anda nikmati adalah seperti menonton dalam resolusi sehingga 4K HDR dan sebanyak 4 strim serentak disokong buat pelanggan premium.

Sumber: Netflix

Bacaan berkaitan

Netflix perketat peraturan kongsi akaun, termasuk di Malaysia

Netflix siar kandungan senaman Nike, bolehlah perbaharui azam tahun baru anda

Lupa nak log keluar Netflix daripada TV homestay? Ini ada fungsi baharu untuk bantu anda

Tags: Netflix
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Netflix lancar audio spatial untuk pelanggan Premium, tiada kelengkapan tambahan diperlukan

Netflix lancar audio spatial untuk pelanggan Premium, tiada kelengkapan tambahan diperlukan

3 February 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN