• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco X5 dan X5 Pro, telefon 5G dengan kamera 108MP dan pengecas 67W di bawah RM1,500

  • OLEH Najib
  • 1:04 am
  • 07/02/2023
  • Komen
Poco X5 dan X5 Pro, telefon 5G dengan kamera 108MP dan pengecas 67W di bawah RM1,500
Share on FacebookShare on Twitter

Poco, jenama telefon pintar yang menawarkan harga sangat mampu milik baru-baru ini telah melancarkan dua model telefon pintar kelas pertengahan, Poco X5 5G dan Poco X5 Pro 5G. Ia menandakan generasi kelima untuk Poco siri-X, tetapi masih menggunakan banyak perkakas keluaran 2022.

Kali ini, Poco menawarkan kamera 108MP skrin Flow AMOLED, pertama seumpamanya untuk siri-X di Poco. Ia juga memiliki kuasa mengecas sehingga 67W, untuk mengecas dengan pantas.



Harga dan promosi jualan awal

Walaupun ia adalah pelancaran peringkat antarabangsa, Poco X5 dan Poco X5 Pro yang diumumkan hari ini akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Tarikh jualan telah ditetapkan pada hari Khamis, 9 Februari 2023.

Harga rasmi untuk kedua-dua peranti ini di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Poco X5 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,099
  • Poco X5 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,199
  • Poco X5 Pro 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,299
  • Poco X5 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,499

Seperti biasa, Poco menawarkan diskaun untuk pembeli terawal tetapi jualannya dibuat di tempat berasingan. Pada 9 Februari 2023 sahaja, dapatkan Poco X5 dengan diskaun sebanyak RM100 hanya di Stor Rasmi Poco di Shopee. Manakala Poco X5 Pro ditawarkan diskaun sehingga RM200 di Stor Rasmi Poco di Lazada.

Berikut adalah harga promsi pada 9 Februari kelak:

  • Poco X5 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,099 RM999
  • Poco X5 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,199 RM1,099
  • Poco X5 Pro 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,299 RM1,199
  • Poco X5 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,499 RM1,299

Spesifikasi Poco X5 5G

Telefon 5G yang dikira murah ini memiliki kuasa Snapdragon 695 6nm, bersama RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan UFS 2.2 sehingga 256GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk meluaskan storan.

Skrinnya jenis AMOLED DotDisplay seluas 6.67-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120hz. Kecerahannya boleh mencecah puncak 1,200nits dan ia dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3. Pengimbas capjari terletak di sisi, digabung dengan butang kuasa.

Tiga kamera terdapat di belakangnya iaitu kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 13MP F2.45, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 33W menerusi USB-C. Speaker hanya mono dan jek audio 3.5mm masih terdapat padanya. Pemancar infra merah untuk kawalan jauh juga dilengkapi di telefon ini.

Dwi SIM 5G disokong menerusi slot hibrid bersama kad mikroSD. Poco X5 5G turut menyokong NFC, Bluetooth 5.1 dan WiFi 802.11ac. Sistem operasi yang digunakan adalah MIUI 13 for Poco, tetapi tidak dapat dipastikan Android 12 atau Android 13.

Tiga warna boleh dipilih pengguna, antara hitam, biru, dan hijau.

Spesifikasi Poco X5 Pro 5G

Dengan nama Pro, telefon ini memiliki kuasa lebih hebat iaitu Snapdragon 778G 6nm. Tetapi padanannya masih di takuk lama iaitu RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan UFS 2.2 sehingga 256GB. Tiada slot kad mikroSD disediakan.

Skrinnya juga lebih baik, jenis FLOW AMOLED 6.67-inci HD Penuh dan 120Hz. Tetapi kecerahan tertinggi hanyalah 900nits. Bagaimanapun, kaca Corning Gorilla Glass 5 yang lebih baik dipasang di atas skrin. Pengimbas capjari terletak di dalam butang kuasa di sini.

Kamera juga kelihatan lebih hebat, menggabungkan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP di belakang. Di hadapan, ia dilengkapi kamera 16MP yang dimuatkan di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Kapasiti bateri adalah serupa, 5,000mAh tetapi menyokong pengecasan lebih pantas 67W USB-C. Kepala pengecas dan kabel serasi turut disertakan di dalam kotak. Sistem bunyi stereo dipasang pada Poco X5 Pro 5G dan ia masih memiliki jek audio 3.5mm.

Lain-lain ciri menarik di Poco X5 Pro 5G adalah sokongan NFC, pemancar infra merah, Bluetooth 5.2 dan WiFi 802.11ax. Malah, ia dipasang sistem operasi lebih baharu iaitu MIUI 14 for Poco.

Tiga pilihan warna disediakan iaitu biru, hitam dan kuning.

Tags: Pocopoco x5poco x5 pro
Najib

Najib

POPULAR

Poco X5 dan X5 Pro, telefon 5G dengan kamera 108MP dan pengecas 67W di bawah RM1,500

Poco X5 dan X5 Pro, telefon 5G dengan kamera 108MP dan pengecas 67W di bawah RM1,500

7 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER