• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Mini 2 SE dilancar, dron mampu milik kini terbang lebih jauh dan lama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:05 pm
  • 09/02/2023
  • Komen
DJI Mini 2 SE dilancar, dron mampu milik kini terbang lebih jauh dan lama
Share on FacebookShare on Twitter

DJI didapati telah mengemas kini penawaran dron berkamera mereka. DJI Mini 2 SE adalah dron pertama tahun 2023 daripada syarikat itu dan ia membawa beberapa naik taraf berbanding sebelumnya, walaupun minimum.

Yang berubah adalah protokol komunikasi antara dron dengan alat kawalan. Mini 2 SE kini menggunakan DJI O2 yang membawa maksud dron ini boleh terbang dua kali lebih jauh berbanding Mini SE yang menggunakan Enhanced Wi-Fi. Walaupun bateri 2,250mAh yang sama diguna, DJI maklumkan yang dron baharu ini terbang melebihi 31 minit berbanding 30 minit pada edisi terdahulu.



Lain-lain komponen masih lagi sama, daripada pesawat hinggalah ke kelengkapan merakam video. Kamera pada dron ini masih menggunakan kamera tiga paksi yang ada sensor 1/2.8” dan mampu merakam pada resolusi maksimum 2.7K pada kadar bit 40Mbps. Tiada storan terbina pada pesawat sebaliknya kad mikro-SD perlu dislot masuk untuk menyimpan video.

DJI Mini 2 SE boleh anda dapatkan dalam beberapa pakej. Untuk dron sahaja, ia dijual pada harga RM1,400. Pada harga RM1,599, anda beroleh alat kawalan DJI RC-N1 bersama beberapa komponen kecil lain dan yang terakhir adalah Fly More Combo (FMC) yang berharga RM2,149.



Dalam kombo FMC, anda turut terima 2 bateri tambahan dan hab pengecas bateri. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: djidji mini 2dji mini 2 se
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
DJI Mini 2 SE dilancar, dron mampu milik kini terbang lebih jauh dan lama

DJI Mini 2 SE dilancar, dron mampu milik kini terbang lebih jauh dan lama

9 February 2023
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER