• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nama KLIA dan KLIA2 digabung, akan ditukar kepada KLIA Terminal 1 dan Terminal 2

  • OLEH Najib
  • 11:35 am
  • 10/02/2023
  • Komen
Penerbangan AirAsia anda diubah atau dijadual semula? Sebenarnya anda boleh tukarnya percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Jangan terkejut jika AirAsia tidak lagi terbang di KLIA2 kerana nama lapangan terbang itu akan diubah tidak lama lagi. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bakal dijenamakan semula sebagai KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Menurut Anthony, Kabinet telah bersetuju dengan cadangan penjenamaan semula ini kerana ia dilihat bakal memperkukuhkan persaingan dengan lapangan terbang antarabangsa serantau. Ia juga boleh memberi nilai yang lebih tinggi dalam memasarkan perkhidmatan di lapangan tersebut dengan lebih berkesan.



Perkara ini sepatutnya sudah lama digunakan kerana KLIA dan KLIA2 menggunakan landasan penerbangan yang serupa. Malah, KLIA dan KLIA2 juga terletak bersebelahan sahaja dan berkongsi kod terminal yang sama, iaitu KUL. Berbeza dengan Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) dahulu yang terletak agak jauh daripada KLIA.

Penggunaan nama Terminal juga adalah standard yang digunakan di lapangan terbang di seluruh dunia. Ia akan memudahkan pengguna dan pelancong luar negara, supaya tidak keliru bahawa KLIA dan KLIA2 sebenarnya adalah lapangan terbang yang sama dan dekat dengan nama Terminal 1 dan Terminal 2.



Dalam pengumuman yang sama, Anthony juga menyatakan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian operasi baru (OA 2023) antara kerajaan dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Perjanjian OA 2023 melibatkan pengoperasian, pengurusan, selenggara dan membangun 39 buah lapangan terbang dan padang terbang di Malaysia, sehingga tahun 2069.

SIARAN MEDIA
……
PERJANJIAN OPERASI (OPERATING AGREEMENT – OA) ANTARA KERAJAAN DAN (MAHB) BAGI MENGOPERASI, MENGURUS, MENYELENGGARA DAN MEMBANGUN 39 BUAH LAPANGAN TERBANG DAN PADANG TERBANG (SHORT TAKE-OFF AND LANDING AIRPORTS– STOLPORTS) DAN PENJENAMAAN SEMULA KLIA DAN klia2 pic.twitter.com/mBIZU1iX7E

— Kementerian Pengangkutan Malaysia (@MOTMalaysia) February 9, 2023

Antaranya isi perjanjian OA 2023 adalah menubuhkan akaun amanah pembangunan lapangan terbang, dikenali sebagai Airport Development Fund (ADF). Ia membolehkan penerimaan sumbangan daripada pengguna lapangan terbang, orang awam dan juga syarikat-syarikat penerbangan, serta tidak melibatkan sumbangan daripada dana kerajaan.

Di samping itu, OA 2023 membolehkan MAHB meringakan beban kerajan dengan mengambil alih kos pembangunan lapangan terbang yang kompetitif dan berdaya saing di masa hadapan. MAHB juga boleh menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk melabur dalam pembangunan lapangan terbang.

Perjanjian OA 2023 akan dimuktamadkan selewat-lewatnya sebelum akhir suku pertama tahun 2023, atau akhir bulan Mac 2023.

[Sumber: MOT]

Bacaan Berkaitan

  • Lapangan Terbang Subang akan dinaik taraf kepada premium dan benarkan pesawat kecil seperti B737 dan A320
  • Anda boleh perbaharui pasport di KLIA, lebih banyak pejabat pasport dibuka hujung minggu
  • Kerajaan umum tak perlu lagi tampal cukai jalan di cermin dan bawa lesen fizikal
  • YB Anthony Loke jawab 6 kemusykilan tentang MyJPJ dan “roadtax” versi digital
  • Malaysia Airlines mahu benarkan pramugari pakai tudung dan seragam selain kebaya?
Tags: Anthony LokeKLIAMOT
Najib

Najib

POPULAR

Penerbangan AirAsia anda diubah atau dijadual semula? Sebenarnya anda boleh tukarnya percuma

Nama KLIA dan KLIA2 digabung, akan ditukar kepada KLIA Terminal 1 dan Terminal 2

10 February 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN