• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan umum tak perlu lagi tampal cukai jalan di cermin dan bawa lesen fizikal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:33 am
  • 10/02/2023
  • Komen
Kerajaan umum tak perlu lagi tampal cukai jalan di cermin dan bawa lesen fizikal
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, hari ini mengumumkan yang mereka sedang mengorak strategi pendigitalan bagi memudahkan kehidupan rakyat.

Oleh sebab itu, bermula 10 Februari 2023, kerajaan tidak lagi mewajibkan amalan menampal pelekat cukai jalan di cermin kereta ataupun membawa cukai jalan fizikal bagi motorsikal termasuklah versi fizikal lesen memandu.



Walau bagaimanapun, arahan ini hanya termaktub untuk kenderaan persendirian.

Jadi bagaimanakah penguat kuasa boleh melakukan pengesahan?

Selaras dengan strategi pendigitalan, kesemua dokumen rasmi yang disebutkan di atas boleh disemak melalui aplikasi telefon pintar myJPJ (Android, iOS). Apabila anda membuka akaun di sana, penguat kuasa boleh semak maklumat seperti:



  1. Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  2. Lesen Memandu Malaysia (LLM)

Buat rakyat yang berada di pedalaman yang mungkin akan hadapi masalah sambungan Internet ataupun yang tida mempunyai telefon pintar untuk memasang aplikasi myJPJ, mereka boleh melakukan cetakkan pendua kepada dokumen-dokumen ini dan dibawa bersama untuk sekiranya diminta pihak berkuasa.

Kerajaan menegaskan yang inisiatif ini berada dalam fasa peralihan dan tiada sebarang saman akan dikeluarkan untuk kesalahan tidak menampal ataupun membawa dokumen yang disebutkan di atas. Tambahan pula, sekiranya tidak bersedia, mereka masih boleh menampal ataupun membawa kad fizikal seperti biasa.

Untuk malumat tambahan, Singapura sudahpun mengorak langkah sebegini sejak tahun 2017.

Masalah apa yang cuba dirungkaikan kerajaan?

Kerajaan memaklumkan yan gpihak mereka mengambil peduli tentang rungutan rakyat tentang masalah pelekat LKM yang mudah rosak. Dengan kelonggaran terbaharu ini, masalah itu boleh diselesaikan.

Selain itu, JPJ memaklumkan yang setiap bulan, sebanyak 1.5 juta orang menyerbu kaunter JPJ untuk memperbaharui cukai jalan dan sebahagian besar daripadanya adalah kenderaan peribadi. Makanya, dalam masa akan datang, ia akan mengurangkan kesesakan di pejabat-pejabat JPJ untuk urusan perbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Di pihak kerajaan, mereka boleh menjimatkan RM96 juta setahun daripada segi pembekalan pelekat dan bahan mencetak lesen memandu ini. Penjimatan ini bakal disalurkan semula kepada menambah baik aplikasi myJPJ tanpa perlu meminta peruntukkan daripada luar.

Tags: Anthony LokeJPJkementerian pengangkutanMOTmyjpj
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kerajaan umum tak perlu lagi tampal cukai jalan di cermin dan bawa lesen fizikal

Kerajaan umum tak perlu lagi tampal cukai jalan di cermin dan bawa lesen fizikal

10 February 2023
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN