• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 12 2023 kembali dengan kotak MLBB Light Chaser Beatrix yang lebih menarik

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:06 pm
  • 13/02/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia kembali dengan berita baik buat peminat-peminat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia. Baru-baru ini, Infinix memperkenalkan semula Note 12 2023 dengan tema baru hasil kolaborasi bersama MLBB sempena pertandingan M4 World Championship.

Bagi yang tidak tahu, M4 Championship adalah sebuah pertandingan profesional MLBB peringkat antarabangsa disertai oleh permain-pemain elit di seluruh dunia. Oleh itu, Infinix Malaysia akan menghasilkan semula Note 12 dengan pembungkusan reka bentuk baharu bertemakan MLBB Light Chaser Beatrix M4. 



Light Chaser adalah skin eksklusif yang boleh didapatkan dengan pas M4 dalam MLBB untuk Legend Beatrix. Jadi, mungkin akan ada peminat tersendiri Legend Beatrix yang ingin mendapatkan Note 12 dalam kotak tema MLBB ini kerana ianya adalah edisi terhad untuk kejohanan yang sedang berlangsung di Jakarta Indonesia.

Untuk imbas kembali, Note 12 2023 asalnya telah dilancarkan pada september 2022. Jadi pelancaran ini hanyalah dengan kehadiran pembungkusan tema baru, dengan spesifikasinya kekal sama. Ia didatangkan dengan Soc MediaTek Helio G99 dengan RAM 8GB dan storan 128GB atau 256GB. RAM juga boleh diluaskan dengan penggunaan RAM maya 5GB yang menjumlahkan RAM 13GB boleh digunakan.



Untuk paparan, ia hadir dengan skrin 6.7” AMOLED definisi HD penuh, yang mempunyai kamera selfie takuk berbentuk U 16MP di dahinya, satu kamera belakang 50MP dengan dua lagi kamera untuk sokongan bokeh dan AI. Pengecasan pula hadir dengan 33W pengecasan laju dengan 5,000mAh bateri yang menerimanya.

Apa yang menarik pada Note 12 ini adalah sistem Monster Gaming Kit yang meningkatkan pengalaman permainan. Ia mempunyai ciri XArena (Dar-Link Game Booster Technilogy), Peningkatan Grafik, Sistem Taktil Motor Linear dengan Getaran 4D, 10 Lapisan Sistem Penyejukan Grafit dan dwi pembesar suara Hi-Res dan DTS.

Ciri Monster Gaming Kit ini sesuai dengan pelancaran tema MLBB untuk menarik minat pemain MLBB yang memerlukan telefon pintar mampu milik yang berkemampuan tanpa perlu risau telefon panas serta lag semasa bermain permainan tersebut.

Note 12 2023 boleh didapatkan dengan harga RM799 untuk storan 128GB, dan RM899 untuk storan 256GB di laman rasmi Infinix di Shopee atau Lazada.

Tags: InfinixInfinix Note 12infinix note 12 2023mlbbmobile legends bang bang
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Netflix Malaysia mula kenakan caj RM13 untuk pengguna berkongsi akaun yang tidak tinggal serumah

Netflix Malaysia mula kenakan caj RM13 untuk pengguna berkongsi akaun yang tidak tinggal serumah

24 Mei 2023
SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

24 Mei 2023

Infinix Note 12 2023 kembali dengan kotak MLBB Light Chaser Beatrix yang lebih menarik

13 Februari 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER