• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Tonton Liga Perdana Inggeris di TV lebih murah & tanpa kontrak dengan Sooka

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:42 pm
  • 14/02/2023
  • Komen
Tonton Liga Perdana Inggeris di TV lebih murah & tanpa kontrak dengan Sooka
Share on FacebookShare on Twitter

Platform penstriman Astro, Sooka telah mengumumkan perubahan harga yang lebih murah untuk langganan premium VIP TV. Harga promosi sebelum ini, RM62.90 kini diumumkan sebagai harga kekal untuk langganan VIP TV.

Dengan hanya menambah RM20 dari pelan VIP+Sports, ia boleh dimainkan di TV pintar atau peranti mudah alih. Harga asal pelan VIP TV adalah berharga RM84.90, jadi terdapat penjimatan sebanyak RM22 untuk harga terbaru ini.



Pelan VIP TV memberi akses pada kandungan sukan seperti Liga Perdana Inggeris, BWF Badminton, AFC, UFC, F1, Moto GP dan banyak lagi. Terdapat juga akses untuk Sooka Originals seperti ‘Kau vs Aku’ dan ‘Kamching’, serta 18 saluran langsung yang boleh distrim 24/7. 

Untuk yang berminat untuk mendapatkan pelan VIP TV ini, perlu tahu bahawa ciri TV Pintar ini hanya boleh digunakan bersama empat jenama TV ini – TV LG model 2018 ke atas dengan sekurang-kurangnya menggunakan WebOS 4.0, TV Samsung model 2018 ke atas dengan Tizen OS 4.0. Untuk Android TV, ia boleh digunakan dengan TV Sony dan Sharp dengan versi Android 8.0 ke atas.



Bagi yang tidak memerlukan opsyen untuk dimainkan di TV Pintar, anda boleh dapatkan pelan yang lebih mampu milik iaitu VIP+Sports dengan harga RM41.90 sebulan. Ia menawarkan saluran yang sama seperti pelan VIP TV, tapi hanya boleh dimainkan di peranti mudah alih dan web. 

Manakala untuk pelan termurah adalah VIP Entertainment. Ia hanya menawarkan program hiburan seperti drama, filem dan rancangan pelbagai tempatan dengan harga RM15.90 sebulan. Untuk makluman semua, Sooka juga boleh ditonton secara percuma, tetapi hanya untuk konten-konten tertentu berserta dengan iklan.

Kepada yang berminat, langganan Sooka boleh dibuat melalui aplikasi Sooka di Apple App Store dan Google Play Store atau laman web Sooka.

Tags: astrobwfmotogponline streamingpremier leaguesookaufcvideo streaming
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tonton Liga Perdana Inggeris di TV lebih murah & tanpa kontrak dengan Sooka

Tonton Liga Perdana Inggeris di TV lebih murah & tanpa kontrak dengan Sooka

14 February 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER