• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook mahu lebih telus dalam iklan, mereka tahu & boleh senaraikan aktiviti anda di Internet

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:55 pm
  • 15/02/2023
  • Komen
Facebook mahu lebih telus dalam iklan, mereka tahu & boleh senaraikan aktiviti anda di Internet
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa ada iklan tertentu di paparkan pada halaman Home di Facebook anda? Sebab adakalanya ada iklan yang anda tak pernah buat carian langsung mengenainya.

Sebenarnya, semua ini anda boleh tahu melalui pilihan “Why am I seeing this ad?” pada iklan itu. Ia akan nyatakan sebab iklan tersebut ditayangkan pada anda. Tapi setakat ini, maklumat yang diberikan tidaklah terperinci sangat. Seperti contoh di bawah, antara sebab saya jadi sasaran iklan tersebut adalah kerana usia, lokasi dan minat yang saya tunjukkan.



Namun baru-baru ini, Meta ada umumkan kemaskini ciri Why am I seeing this ad? dengan menambah maklumat lebih mendalam tentang aktiviti anda yang menjadi punca iklan itu dipaparkan. Aktiviti itu bukan sahja ketika anda gunakan perkhidmatan Meta, malah di luar platformnya juga.

Berikut merupakan hasil kemaskini ini. Selepas anda tekan Why am I seeing this ad?, anda akan dipaparkan dua pilihan iaitu Advertiser choices iaitu kategori pengguna yang cuba disasarkan oleh syarikat, dan pilihan baru iaitu Your activity. Setelah tekan pilihan baru itu, anda boleh lihat senarai aktiviti yang anda lakukan di Meta dan luar Meta yang menyebabkan iklan itu dipaparkan kepada anda.



Meta berkata, kemas kini ini dilakukan berikutan nasihat daripada pakar privasi luaran dan pihak berkepentingan dasar, yang memberitahu Meta bahawa mereka memerlukan lebih ketelusan untuk model pembelajaran mesinnya. Pengarah Global Iklan dan Privasi Pengewangan Meta iaitu Pavón menulis, kemas kini ini akan jadikan pengguna rasa lebih selamat sambil meningkatkan akauntabiliti syarikat.

Nampaknya Meta kini tampil jujur gunakan data anda di Internet walaupun itu adalah aktiviti anda di luar aplikasinya. Kebaikan ciri ini ialah, anda boleh tahu dengan lebih terperinci punca anda dihidangkan sesebuah iklan walaupun anda tidak pernah lakukan carian mengenainya. Jadi tidaklah rasa pelik apabila nampak iklan yang tiada kaitan dengan anda, kan? Versi terkini Why am I seeing this ad? sedang dilancarkan secara global di Facebook dan Meta rancang untuk kembangkannya di Instagram pada masa hadapan.

[Sumber: Gizmodo, Meta]

Tags: Facebookmeta
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Facebook mahu lebih telus dalam iklan, mereka tahu & boleh senaraikan aktiviti anda di Internet

Facebook mahu lebih telus dalam iklan, mereka tahu & boleh senaraikan aktiviti anda di Internet

15 February 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN