• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Malaysia pilih 11 Mac 2023 untuk lancar Find N2 Flip?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:11 pm
  • 16/02/2023
  • Komen
Oppo Malaysia pilih 11 Mac 2023 untuk lancar Find N2 Flip?
Share on FacebookShare on Twitter

Laman Twitter Oppo Malaysia hari ini telah mengutuskan hebahan tentang telefon boleh lipat mereka yang baru sahaja dilancarkan di UK. Dalam cicipan tersebut, Oppo Malaysia memanggil peminat mereka untuk mendaftarkan minat terhadap Find N2 Flip melalui satu pautan Google Form.

Closer than ever, the Refined flip is arriving soon. 🔜 #OPPOFindN2Flip #SeeMoreInASnap #FlipRefined

Register now for first-hand information!

— OPPO Malaysia (@OPPOMalaysia) February 16, 2023

Di dalam Google Form tersebut, ada maklumat yang menyebut tentang 15 pelanggan terawal yang lakukan daftar keluar pada 11 Mac 2023, 10AM di gedung-gedung terpilih akan menerima hadiah ekslusif.



Adakah ini bermakna tempahan awal Oppo Find N2 Flip akan bermula pada 11 Mac 2023? Berapakah tanda harga yang bakal dimiliki telefon ini di Malaysia? Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy Z Flip4, ia boleh didapati dalam pasaran kita pada harga bermula RM4,099. Berikut adalah senarai penuh model yang boleh anda dapatkan:

  • Galaxy Z Flip4 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM4,099
  • Galaxy Z Flip4 BESPOKE Edition (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,199
  • Galaxy Z Flip4 (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM4,499

Spesifikasi Oppo Find N2 Flip

Oppo Find N2 Flip adalah pesaing rapat kepada Samsung Galaxy Z Flip4. Mereka adalah telefon dalam kategori lipatan kerang. Apabila dalam keadaan terbuka, telefon ini ada panel paparan sebesar 6.8” beresolusi 2520 x 1080 daripada jenis panel AMOLED LTPO2 yang menyokong kadar segar semula dinamik sehingga 120Hz. Dalam keadaan tertutup, pengguna boleh pula memanfaatkan skrin sekundar 3.2” yang padanya ada resolusi 720 x 382.



Boleh didapati dalam pasaran China buat masa ini, Oppo Find N2 Flip diperkasa SoC Mediatek Dimensity 9000+ dengan kapasiti RAM LPDDR5 sehingga 16GB beserta storan 512GB UFS3.1.

Di jabatan pengimejan, sentuhan Hasselblad masih kelihatan pada sistem kamera Oppo Find N2 Flip. Sistem dwikamera belakang digunakan sebagai kamera utama dengan kamera pertama dibekalkan sensor 50MP F1.8 dengan kamera kedua sebagai penembak ultralebar dengan sensor 8MP F2.2.

Hanya satu kamera selfie disediakan pada telefon ini iaitu yang berada di sebelah dalam dengan sensor 32MP. Tak perlu risau ketiadaan kamera selfie luar kerana kamera utamanya terletak di sisi skrin sekundernya.

Memenuhi segala keperluan tenaga telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,700mAh dengan sistem pengecasan pantas 44W. Seperti saudara lebih besarnya, telefon ini menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13 apabila keluar kotak.

Tags: androidoppooppo findoppo find n2 fliptelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Malaysia pilih 11 Mac 2023 untuk lancar Find N2 Flip?

Oppo Malaysia pilih 11 Mac 2023 untuk lancar Find N2 Flip?

16 February 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN