• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelanggan pascabayar Unifi Mobile tanpa had, tiada lagi akses 5G mulai Mac

  • OLEH Najib
  • 3:59 pm
  • 20/02/2023
  • Komen
Pelanggan pascabayar Unifi Mobile tanpa had, tiada lagi akses 5G mulai Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan ini, Unifi Mobile telah memperkenalkan beberapa pelan baru untuk prabayar dan pascabayar. Mereka juga dilihat telah menamatkan pelan lama bagi memberi laluan kepada pelan baru yang menyokong 5G ini.

Tetapi pengguna pelan lama Unifi Mobile tidak akan dapat menggunakan 5G bermula bulan Mac hadapan. Perkara ini dibawakan kepada kami oleh seorang pengguna yang mahukan kepastian, selepas dimaklumkan oleh chatbot TM tentang perkara tersebut.



@unifi @helpmeunifi Adakah ini benar? @amanz @LowyatNET @Soya_Cincau @PendakwahTekno pic.twitter.com/Ukhc5UiPD7

— Niq 🇲🇾 (@aniq8676) February 18, 2023

Dalam perbualan itu, chatbot TM menyatakan bahawa pengguna Unifi Mobile Postpaid 59 tidak akan ditukar terus ke pelan Uni5G. Malah, pelan lama mereka hanyalah untuk 4G LTE sahaja. Pas 5G sebelum ini diberikan percuma untuk tempoh percubaan sahaja dan ada tempoh tamatnya.

Untuk mengesahkan perkara ini, kami telah mengajukan soalan tersebut kepada pihak Unifi Mobile. Jawapan yang diterima mungkin akan mengejutkan pengguna sedia ada Unifi Mobile Ultimate atau Unifi Mobile Postpaid 99 dengan data, panggilan dan SMS tanpa had.



Menurut wakil Unifi Mobile, pas 5G tanpa had yang diberikan sebelum ini akan berakhir pada Februari 2023. Pelan Unifi Mobile Ultimate hanya diberi akses ke rangkaian 4G sahaja. Sehubungan itu, pelanggan Unifi Mobile Ultimate dinasihatkan untuk menukar pelan mereka kepada Uni5G Postpaid 89 untuk menikmati data 4G & 5G tanpa had. Malah, pelanggan pelan Uni5G boleh mendapatkan diskaun sehingga RM1,510 apabila membeli telefon pintar seperti siri Galaxy S23 bersama kontrak Unifi Mobile.

Bermakna, selepas tamatnya tempoh pas 5G tanpa had percuma sebelum ini, pengguna Unifi Mobile mesti menukar pelan lama mereka kepada mana-mana pelan baru Uni5G untuk terus menikmati sambungan ke 5G. Jika masih kekal dengan pelan lama Ultimate, pengguna hanya akan bersambung ke rangkaian 4G Unifi Mobile yang tidak berapa luas liputannya, tiada lagi akses ke 5G.

Pelan Uni5G lebih murah atau lebih mahal dari sebelumnya?

Perkara ini memberi kesan besar kepada pengguna yang menikmati diskaun RM40 bagi pelan Unifi Ultimate, yang harga asalnya RM99/bulan. Untuk menikmati akses 5G tanpa had kuota, mereka harus bertukar ke pelan Uni5G Postpaid 89. Walaupun ia murah RM10 dari harga pelan lama, pengguna yang menikmati diskaun sebelum ini perlu membayar tambahan RM30/bulan. Selain itu, tiada lagi SMS tanpa had diberikan.

Malah, pelan baru Uni5G Postpaid 89 hanya memberikan data hotspot 10GB untuk rangkaian 4G sahaja. Jika mahu menikmati hotspot di rangkaian 5G, perlu membeli pas tambahan hotspot berharga RM30 untuk 10GB.

Adakah anda akan bertukar ke pelan Uni5G untuk menikmati data 5G tanpa had, atau kekal dengan pelan lama 4G tanpa had berharga RM59/bulan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Terima kasih @aniq86776 atas maklumat yang diberikan!

Bacaan Berkaitan

  • Unifi Mobile perkenal pelan pascabayar 5G baru dari serendah RM39 bulan
  • Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had
  • Unifi Mobile #Bebas sudah tidak lagi bebas, ada FUP dan sekatan kelajuan
  • Pakej Perpaduan Mudah Alih: 30GB data sah 6 bulan berharga RM30 sedia dilanggan mulai 28 Februari
Tags: 5g malaysiaUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Pelanggan pascabayar Unifi Mobile tanpa had, tiada lagi akses 5G mulai Mac

Pelanggan pascabayar Unifi Mobile tanpa had, tiada lagi akses 5G mulai Mac

20 Februari 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER