• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT3 dengan kuasa pengecas 240W akan diumum bulan ini, bakal tiba ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:10 pm
  • 20/02/2023
  • Komen
Realme GT3 dengan kuasa pengecas 240W akan diumum bulan ini, bakal tiba ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Awal bulan ini, Realme telah melancarkan telefon pertama dengan kuasa pengecas 240W, Realme GT Neo 5. Tetapi ia hanya akan terdapat di pasaran China sahaja. Tidak lama kemudian, Naib Presiden Realme, Madhav Sheth memberitahu bahawa kuasa pengecas 240W akan dilancarkan di peringkat antarabangsa, melalui model yang dinamakan Realme GT3. Malah, ia juga akan dijual di Malaysia.

Tarikh pelancaran Realme GT3 di pentas antarabangsa telah ditetapkan pada 28 Februari, di pentas pameran terkemuka Mobile World Congress 2023 (MWC 2023), di Barcelona, Sepanyol jam 4 petang. Ia bersamaan jam 11 malam hari yang sama waktu Malaysia. Peminat yang mahu berjaga menonton pelancaran ini secara langsung, boleh pergi ke Facebook Realme Malaysia pada waktu tersebut.



Realme GT3 adalah Realme GT Neo 5!

Dari gambaran rasmi yang telah dikongsi Realme sendiri, reka bentuk Realme GT Neo 5 di China kelihatan serupa dengan Realme GT3. Ini kerana Realme telah pun mengesahkan bahawa Realme GT Neo 5 akan dipanggil sebagai Realme GT3 di pasaran global. Jadi, kita boleh membongkar spesifikasi Realme GT Neo 5 untuk mengetahui apa yang bakal ada di Realme GT3 kelak.

Siri GT adalah siri peranti flagship untuk Realme. Bagaimanapun, ia menawarkan nilai yang lebih mampu milik berbanding peranti flagship jenama lain. Bagi Realme GT3, ia dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 tahun lepas, bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 3.1 sehingga 1TB. Walaupun bukan teknologi terbaru, tetapi ia masih menawarkan prestasi tinggi flagship melebihi kuasa peranti kelas pertengahan tahun ini.



Skrinnya juga sangat hebat. Ianya jenis AMOLED seluas 6.74-inci, dengan resolusi 1.5K (2772×1240) serta kadar penyegaran 144Hz. Skrin ini memiliki kadar kecerahan puncak mencecah 1,400 nits dan juga kadar PWM setinggi 2,160Hz. Pengimbas capjari ada di dalam skrin dan ia turut mampu mengesan denyutan nadi.

Bagi menangkap gambar, terdapat tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP F1.88 menggunakan sensor Sony IMX890 OIS, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera mikroskop 2MP F3.3. Di hadapan pula, ia dilengkapi kamera 16MP F2.45 yang terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Salah satu perkara yang kuat dihebahkan Realme tentang telefon ini adalah lampu ‘Halo Ring’ lutsinar yang terletak di tepi kamera belakang. Ia boleh diubahsuai kepada 25 warna RGB untuk menjadi notifikasi pelbagai aplikasi dan maklumat.

Tarikan utamanya, sudah pasti adalah kuasa pengecas 240W. Sebenarnya, Realme GT Neo 5 di China dilancarkan dalam 2 varian pengecas, 150W dan 240W. Tetapi masih belum diketahui sama ada versi 150W akan turut muncul di Realme GT3 kelak.

Dengan kuasa mengecas 240W, telefon ini yang memiliki bateri 4,600mAh ia boleh mencapai 20% dalam 80 saat, 50% dalam 4 minit dan 100% hanya 9.5 minit. Bermakna, boleh cas 0-100% tak sampai 10 minit pun. Realme menerangkan, kuasa mengecas 240W ini dicapai melalui penggunaan 3 cip pengecasan pantas, bersama dwi-pengecas GaN berkuasa tinggi dan kabel data 12A.

Lain-lain perkara yang turut ada di Realme GT Neo 5 atau Realme GT3 nanti adalah sokongan pembesar suara stereo Dolby Atmos, pemancar infra merah dan radio NFC 360-darjah. Masih tiada sokongan kalis air atau pengecasan wayarles.

Sebanyak tiga pilihan warna disediakan iaitu ungu, putih dan hitam. Tiada pula warna kuning yang menjadi simbol ikonik telefon Realme. Mungkin akan ada warna tambahan di masa akan datang. Sistem operasi pula menggunakan Realme UI 4.0 berasaskan Android 13. Lebih menarik jika Realme menjanjikan berapa lama kemaskini Android akan diberikan.

Berapa harga Realme GT Neo 5 aka Realme GT3?

Di China, Realme GT Neo 5 dijual pada harga seperti berikut:

  • Realme GT Neo 5 150W (RAM 8GB + Storan 256GB) – CNY2,599 [~RM1,676]
  • Realme GT Neo 5 150W (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY2,799 [~RM1,805]
  • Realme GT Neo 5 150W (RAM 16GB + Storan 256GB) – CNY2,999 [~RM1,934]
  • Realme GT Neo 5 240W (RAM 16GB + Storan 256GB) – CNY3,199 [~RM2,063]
  • Realme GT Neo 5 240W (RAM 16GB + Storan 1TB) – CNY3,499 [~RM2,256]

Jika hanya varian 240W dijual di Malaysia kelak, adalah harganya akan bermula dari sekitar RM2,500? Ini kerana Realme GT2 Pro yang dilancar di Malaysia tahun lepas, memiliki tanda harga RM2,999 bersama RAM 12GB, storan 256GB dan kuasa Snapdragon 8 Gen 1.

Kami jangka harga Realme GT3 240W di Malaysia nanti pasti di bawah RM3,000 tetapi adakah serupa dengan spesifikasi di China iaitu RAM 16GB dan storan 1TB? Nantikan laporan seterusnya daripada kami.

Bacaan Berkaitan

  • Realme GT2 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme GT Neo 3, Buds Air 3 Blue & Buds Q2s: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme GT Neo 3T, pilihan baru peranti flagship mampu milik
Tags: Realmerealme gt 3Realme GT Neo 5Realme GT3
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Realme GT3 dengan kuasa pengecas 240W akan diumum bulan ini, bakal tiba ke Malaysia

Realme GT3 dengan kuasa pengecas 240W akan diumum bulan ini, bakal tiba ke Malaysia

20 February 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER