• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony lancar lensa 50mm F1.4 GM, hampir 2x lebih pantas dari generasi terdahulu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:10 am
  • 22/02/2023
  • Komen
Sony lancar lensa 50mm F1.4 GM, hampir 2x lebih pantas dari generasi terdahulu
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mengumumkan satu ahli baharu dalam keluarga lensa kamera berbingkai penuh. Sony FE 50mm F1.4 GM adalah lensa 50mm kedua selepas 50mm F1.2 GM yang sudahpun dijual sejak beberapa ketika.

Salah satu kelebihan lensa 50mm F1.4 berbanding 50 F1.2 sedia ada adalah jisimnya yang 34% lebih rendah (516g vs. 778g). Ia menambah baik pada sudut mobiliti jurugambar walaupun kehilangan sedikit potensi bukaan apertur yang lebih luas.



Penjimatan jisim ini mungkin disumbang oleh fizikaliti yang lebih kecil dek diameter lensa yang lebih kecil. Diameter penyaring pada F1.4 ialah 67mm manakala F1.2 adalah 72mm.

Sony mengatakan yang mereka menggunakan sepasang motor linear XD untuk memacu sistem pemfokuskan lensa ini. Manfaat penggunaan motor ini adalah ia mampu membidik fokus 1.9x lebih pantas berbanding lensa 50mm F1.4 ZA versi 2016.



Harga jualan Sony FE 50mm F1.4 GM masih belum diumumkan namun ia akan mula dijual selewat-lewatnya hujung Mac 2023. Untuk perspektif versi F1.2 kepada lensa ini boleh didapati dalam pasaran Malaysia pada harga RM9.499. Maka, anda boleh jangkakan harga yang lebih rendah untuk versi F1.4.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: Sony

Tags: kameraSony
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Sony lancar lensa 50mm F1.4 GM, hampir 2x lebih pantas dari generasi terdahulu

Sony lancar lensa 50mm F1.4 GM, hampir 2x lebih pantas dari generasi terdahulu

22 February 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER