• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Magic Vs tembusi pasaran global, Galaxy Z Fold kena jaga-jaga

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:31 pm
  • 27/02/2023
  • Komen
Magic Vs tembusi pasaran global, Galaxy Z Fold kena jaga-jaga
Share on FacebookShare on Twitter

Selain siri Honor Magic5, gergasi China itu turut memperkenalkan Honor Magic Vs di MWC 2023. Telefon ini sudahpun dilancarkan di China tahun lepas dan kami sudahpun mencuba varian daripada China yang tiada Google Mobile Services.

Walaupun Honor Magic Vs kelihatan serupa saja dengan Magic V yang asal daripada segi rupa paras. Generasi baharu ini, membawakan beberapa penambahbaikkan berbanding Magic V.



Salah satu yang ditambah baik mereka adalah bahagian engsel. Honor memaklumkan yang engsel ini adalah daripada jenis tanpa gear. Katanya ia ditempa daripada sekeping besi sahaja dan mereka berjaya mengurangkan komponen engsel daripada 92 dalam engsel sebelum ini kepada cuma 4, tapi masih mengekalkan keteguhan.

Engsel ini katanya mampu menahan lebih 400 ribu kali pipatan ataupun 100 kali untuk setiap hari selama 10 tahun. Engsel lama cuma mampu bertahan 200 ribu.



Di bahagian muka, Honor Magic Vs ada paparan sebesar 6.45” daripada jenis OLED dan resolusinya adalah  2560 x 1080 ataupun pada nisbah 21:9. Panel ini ada kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan boleh melebihi 1200nits.

Apabila dibuka, Honor Magic Vs ada paparan 7.90”. Panel ini masih menggunakan teknkologi OLED dengan resolusi 2272 x 1984. Kadar segar semulanya adalah 90Hz dengan tahap kecerahan 800nits.

Di bahagian audio, Honor Magic Vs mewarisi kuadspeaker stereo daripada generasi sebelum ini. Sistem audio telefon ini ada cap IMAX Enhanced, pertama seumpamanya pada Honor Magic V.

Atas papan utama, Honor Magic Vs diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Sebanyak empat pilihan kombinasi RAM dan storan bakal ditawarkan kepada pengguna bermula dengan 8GB + 256GB, 12GB + 256GB, 12GB + 512GB, dan yang paling tinggi adalah 16GB + 512GB.

Walaupun ia adalah peranti boleh lipat ternipis, ia masih mampu menyumbat bateri gergasi ke dalamnya. Tangki bateri 5,000mAh boleh diisi menggunakan sistem pengecasan pantas 66W. Malangnya telefon ini tidak didatangkan dengan pengecasan wayarles dan lagi benda yang tiada adalah kekalisan debu/air pada paras IP68.

Di jabatan pengimejan, Honor Vs dilengkapi tiga buah kamera belakang yang masing-masing ada sensor 54MP (kamera utama), 50MP (kamera ultralebar), dan 8MP (telefoto 3x). Selfie diambil menggunakan kamera 16MP yang terletak di kedua-dua panel paparan.

Honor Magic Vs diumumkan di MWC 2023 sebagai memiliki tanda harga EUR1,599 (RM7575).

Bacaan berkaitan

Honor Magic5 naik taraf di banyak aspek tapi masih tiada IP68

Honor Magic5 Pro ada 3 kamera 50MP dan algoritma pengimejan yang nyata ditambah baik

Tags: androidhonorhonor magichonor magic vstelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Magic Vs tembusi pasaran global, Galaxy Z Fold kena jaga-jaga

Magic Vs tembusi pasaran global, Galaxy Z Fold kena jaga-jaga

27 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER