• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Honor Magic5 naik taraf di banyak aspek tapi masih tiada IP68

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:48 pm
  • 27/02/2023
  • Komen
Honor Magic5 naik taraf di banyak aspek tapi masih tiada IP68
Share on FacebookShare on Twitter

Honor di temasya MWC 2023 telah selamat melancarkan dua telefon flagship mereka untuk tahun ini iaitu:

  • Honor Magic5 Pro
  • Honor Magic5

Jika dibandingkan dengan versi Pro, versi bukan Pro saya rasakan membawa naik taraf yang lebih signifikan iaitu Honor Magic5 berbanding Honor Magic4. Untuk maklumat lanjut tentang Magic5 Pro, anda boleh baca pautan artikel di bawah.



Honor Magic5 Pro ada 3 kamera 50MP dan algoritma pengimejan yang nyata ditambah baik

Berbalik semula ke Magic5, telefon ini memiliki paparan sebesar 6.73” daripada jenis LTPO. Selain kadar segar semula 120Hz, panelnya juga ada resolusi 1224 x 2688 (QHD+). Berbanding dengan generasi lepas, iterasi kali ini panel paparannya lebih kecil.



Atas papan utama, seperti biasa ia diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM dan storan masing-masing 12GB LPDDR5X dan 256GB storan UFS3.1.

Untuk kamera, ada naik taraf yang agak besar boleh dicerap. Ada tiga buah kamera belakang boleh anda manfaatkan. Kamera utamanya mengguna pakai sensor 54MP sebesar 1/1.49” disebalik lensa beraperture F1.9.

Kemudian, kamera ultralebarnya juga menggunakan sensor 50MP F2.0 bersama-sama kamera telefoto 32MP F2.4 disebalik lensa zum optikal 2.5x.

Kamera selfienya 12MP F2.4 sama seperti generasi lepas dan juga Magic5 Pro.

Kapasiti bateri yang diberikan padnya adalah 5,100mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 66W. Malangnya, tiada pengecasan wayarles diberikan.

Sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13. Lain-lain yang perlu anda tahu adalah ia ada spakera stereo berteknologi DTS:X Ultra tapi tiada ciri kekalisan air IP68.

Honor Magic5 (8 + 256) dijual dalam pasaran Eropah pada harga EUR899 (RM4,253).

Tags: androidhonorhonor magichonor magic 5honor magic5telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor Magic5 naik taraf di banyak aspek tapi masih tiada IP68

Honor Magic5 naik taraf di banyak aspek tapi masih tiada IP68

27 February 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER