• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic5 Pro ada 3 kamera 50MP dan algoritma pengimejan yang nyata ditambah baik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:02 pm
  • 27/02/2023
  • Komen
Honor Magic5 Pro ada 3 kamera 50MP dan algoritma pengimejan yang nyata ditambah baik
Share on FacebookShare on Twitter

Honor di temasya MWC 2023 telah selamat melancarkan dua telefon flagship mereka untuk tahun ini iaitu:

  • Honor Magic5 Pro
  • Honor Magic5

Magic5 Pro adalah varian paling tinggi antara dua telefon yang dilancarkan ini. Anda boleh baca tentang Honor Magic5 dalam artikel yang dipautkan di bawah.



Honor Magic5 naik taraf di banyak aspek tapi masih tiada IP68

Kembali kepada Magic5 Pro, telefon ini memperagakan kemasan kamera belakang yang dinamakan Eye of Muse. Bonjolan kamera teletak di bahagian tengah dan berkontur. Di bahagian depan, telefon ini ada panel paparan LTPO 6.81” beresolusi 1312 x 2848 (QHD+) dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Spesifikasi panel ini tidak ubah seperti Magic4 Pro tempoh hari.



Panel yang cantik pastinya dipadankan dengan speaker yang sama hebat. Honor memberikan sistem stereo dengan sokongan teknologi DTS:X Ultra untuk pengalaman multimedia yang baik. Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama-sama dengan kombinasi RAM dan storan masing-masing 12GB LPDDR5X dan 512GB UFS4.0.

Sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13.Di bahagian pengimejan, Honor meletakkan kluster 3 kamera 50MP pelbagai tugas di bahagian belakang. Kamera utama telefon ini mengguna pakai sensor khas 1/1.2” dengan apertur F1.6 dan ada penstabil imej optikal untuk gambar minimum gegaran.

Kamera kedua adalah untuk gambar ultralebar dengan lensa F2.0 bersudut pandang seluas 122 darjah dan kamera terakhir adalah telefoto jenis periskop bersensorkan Sony IMX585. Ia memiliki jangkauan 3.5x zum optikal dan 100x zum digital. Untuk kamera belakang, sensor dengan bilangan megapiksel yang sama boleh anda rumuskan kecuali untuk telefoto yang diturun taraf daripada 64MP kepada 50MP. Kamera depan Magic5 Pro dikesan masih sama seperti sebelumnya iaitu 12MP F2.4.

Membekalkan tenaga kepada perkakasan elektronik telefon ini adalah sistem 5,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W (berkabel) ataupun 50W (wayarles). Selain daripada spesifikasi yang lebih tinggi, Magic5 Pro juga lebih berbanding Magic5 bukan pro pada sudut ia ada ciri kekalisan debu air IP68.

Honor Magic5 Pro (12 + 512) dijual dalam pasaran Eropah pada harga EUR1,199 (RM5,672).

Tags: honorhonor magichonor magic 5 prohonor magic5 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Honor Magic5 Pro ada 3 kamera 50MP dan algoritma pengimejan yang nyata ditambah baik

Honor Magic5 Pro ada 3 kamera 50MP dan algoritma pengimejan yang nyata ditambah baik

27 Februari 2023
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

26 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER