• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Keyboard 81 Pro akan datang ke Malaysia, tempahan dibuka pada bulan Mei

  • OLEH Najib
  • 7:34 pm
  • 27/02/2023
  • Komen
OnePlus Keyboard 81 Pro akan datang ke Malaysia, tempahan dibuka pada bulan Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa pelancaran OnePlus 11 di pentas antarabangsa, salah satu produk yang diumumkan dan lain daripada kebiasaan adalah papan kekunci Keyboard 81 Pro. Ia merupakan produk yang dihasilkan dengan kerjasama pakar papan kekunci, Keychron.

Waktu itu, tidak dimaklumkan bilakah tarikh kedatangannya ke Malaysia. Malah, ketika pelancaran OnePlus 11 di Malaysia, tidak juga disebut tentang papan kekunci ini. Tetapi di pameran Mobile World Congress (MWC) 2023 di Barcelona, kami mendapat khabar gembira.



OnePlus memaklumkan bahawa papan kekunci Keyboard 81 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada suku kedua 2023. Laman OnePlus Malaysia telah menyenaraikan Keyboard 81 Pro dan menyatakan, tempahan awal akan dibuka pada bulan Mei. Pastinya jualan di Malaysia akan bermula tidak lama selepas itu.

Harganya belum diketahui tetapi versi yang hampir serupa iaitu Keychron Q1 Pro, dijual di Amerika Syarikat pada USD199 (RM855). Untuk perbandingan, OnePlus Buds Pro 2 berharga USD179 di Amerika Syarikat, manakala di Malaysia adalah RM869. Jadi, jangkakan harga papan kekunci ini melebihi RM900.



Spesifikasi OnePlus Keyboard 81 Pro

Walaupun dikhabarkan produk usaha sama, penglibatan OnePlus mungkin sangat sedikit kerana papan kekunci ini sangat mirip produk sedia ada iaitu Keychron Q1 Pro. Papan kekunci kelas mekanikal ini memiliki 81 kekunci tanpa pad nombor di sebelah. Kesemua kekunci ini dimuatkan dalam sebuah badan aluminum hasilan CNC yang kompak dan tegap.

Sebanyak dua jenis suis kekunci ditawarkan iaitu Winter Bonfire yang perlukan tekanan lebih kuat. Atau suis linear Summer Breeze yang inginkan pengalaman menaip lebih senyap.

Dengan suis mudah tanggal atau “hot-swappable”, pengguna boleh mengubahsuai sendiri suis tanpa sebarang peralatan pateri. Pelbagai gabungan suis juga boleh dipasang sendiri dengan mudah sekali.

Selain itu, OnePlus Keyboard 81 Pro dilengkapi lampu latar RGB yang boleh ditukar mengikut cita rasa pengguna. Tambah menarik, ia memiliki bateri untuk membekalkan kuasa dan boleh berhubung dengan komputer melalui sambungan Bluetooth, selain sambungan USB-C.

Bateri sebesar 4,000mAh di dalamnya, membolehkan penggunaan Bluetooth bersama lampu RGB tetapan rendah, sehingga 100 jam. Masa mengecas pula sekitar 5 jam, melalui USB-C.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk OnePlus Keyboard 81 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • OnePlus dan Keychron lancar papan kekunci mekanikal, Keyboard 81 Pro
  • OnePlus 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • OnePlus Buds Pro 2: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • OnePlus 11 Concept ada pam cecair di dalam badannya
Tags: OnePlusOnePlus Keyboard 81 Propapan kekunci
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
OnePlus Keyboard 81 Pro akan datang ke Malaysia, tempahan dibuka pada bulan Mei

OnePlus Keyboard 81 Pro akan datang ke Malaysia, tempahan dibuka pada bulan Mei

27 Februari 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER