• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

TIPS: 5 aplikasi tempah penginapan dengan harga berpatutan, berguna untuk percutian

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:46 am
  • 27/02/2023
  • Komen
TIPS: 5 aplikasi tempah penginapan dengan harga berpatutan, berguna untuk percutian
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan sekarang adalah cuti sekolah dan cuti Hari Raya bakal tiba tidak lama lagi, mesti ramai dalam kalangan anda yang sedang rancang untuk bercuti, betul tak? Tidak kiralah di mana pun lokasi bercuti itu, tempat penginapan merupakan satu perkara penting yang perlu di rancang dengan teliti.

Banyak perkara perlu difikirkan sebelum menyewa sesebuah penginapan. Contohnya harga, lokasi, ada sediakan sarapan atau tidak dan banyak lagi. Sebenarnya perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat apabila anda lakukan carian secara dalam talian. Di situ, semua perkara ada dinyatakan dengan terperinci. Oleh itu, berikut merupakan 5 aplikasi untuk tempah penginapan yang boleh anda cuba sendiri.



1. Booking.com

Booking.com adalah antara platfom tempahan penginapan popular di dalam talian. Cara gunakannya mudah sebab aplikasinya ringkas. Anda cuma perlu isi lokasi yang anda ingin kunjungi kemudian ia akan senaraikan tempat penginapan yang ada di situ. Anda boleh tapiskannya mengikut bajet, penilaian pelanggan lain, kemudahan yang tersedia dan pelbagai perkara lain lagi.

Saya selalu guna aplikasi ini untuk lakukan tempahan sebab program kesetiaannya menarik. Melalui program Genius, semakin banyak anda lakukan tempahan, anda akan dihargai dengan diberikan diskaun untuk tempahan seterusnya mengikut tahap kesetiaan anda. Anda boleh muat turun aplikasi Booking.com di Google Play Store atau Apple App Store.



2. Agoda

Agoda juga boleh bantu anda dapatkan tempat penginapan yang sesuai untuk bercuti. Kadang-kadang, mereka ada sediakan diskaun yang sangat besar untuk hotel tertentu. Anda boleh tapis penginapan yang ada berdasarkan harga, bintang, sarapan, penilaian pelanggan dan aspek lain lagi anda mahu. Aplikasi Agoda boleh di muat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

3. Airbnb

Kalau anda bercuti dengan jumlah ahli keluarga yang besar, Airbnb sangat sesuai digunakan sebab ia ada sediakan banyak pilihan tempat penginapan besar dengan bilik yang banyak. Ia menyenaraikan lokasi penginapan mewah seperti di hotel, kondominium, pangsapuri dan loteng tapi pada harga mampu milik.

Ada banyak pilihan tersedia dan anda boleh tapisnya berdasarkan keselesaan yang anda mahu. Seperti ada kolam renang, terletak di kawasan tropika, pemandangan yang menakjubkan, tepi pantai, di ladang dan banyak lagi. Muat turun aplikasi Airbnb di Google Play Store atau Apple App Store sekarang untuk lakukan tempahan.

4. Expedia

Expedia juga tawarkan pelbagai pilihan penginapan dengan harga berpatutan. Malah, jika anda jadi ahli Expedia, anda boleh jimat secara purata 15% untuk menempah hotel. Anda cuma perlu isi lokasi dan tetapkan ciri-ciri penginapan yang anda mahu untuk dapat tempat penginapan yang ideal. Dapatkan aplikasi Expedia di Google Play Store atau Apple App Store untuk lakukan tempahan.

5. Trivago

Trivago berfungsi seperti enjin carian untuk semua platform menempah hotel. Melalui Trivago, anda boleh bandingkan harga hotel di pelbagai platform lain contohnya Agoda, Booking.com dan laman web hotel itu sendiri. Jadi, dapatlah anda tempah hotel dengan harga terendah! Muat turun aplikasi Trivago di Play Store atau App Store untuk gunakannya.

Tags: agodaairbnbbooking.comexpediatips & tricksTrivago
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 5 aplikasi tempah penginapan dengan harga berpatutan, berguna untuk percutian

TIPS: 5 aplikasi tempah penginapan dengan harga berpatutan, berguna untuk percutian

27 February 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN